Umum sedia maklum bahawa British memberikan label sebagai "pendurhaka" kepada Datok Bahaman dan angkatannya kerana menentang penjajah yang ingin menguasai Pahang. Begitu juga dengan Rejimen Ke-10 yang ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh Pahang. Pasukan ini tidak saja dicop sebagai "pengganas" tetapi yang paling berat lagi ialah "tiada bertuhan", anti-Islam" dan sebagainya.
Apapun fitnahan yang dilemparkan kepadanya, kenyataan membuktikan bahawa Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan anak-anak Melayu Islam yang sejumlah besarnya putera-puteri Sungai Pahang. Selepas penandatanganan perdamaian Haadyai tahun 1989, mereka yang mampu telah menunaikan fardhu haji di Tanah Suci Mekah.
Berikut adalah catatan pengalaman Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching ketika beliau mengerjakan haji bersama Abdullah C.D., Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham) dan Siti Norkiah Mahmood Baginda.
dari kiri : Abdullah C.D., Abu Samah, Siti Norkiah dan Suriani |
Pada bulan Mac 1999, kami berpeluang menunaikan ibadat haji ke tanah suci Mekah. Teristimewa ingin saya sebutkan di sini ialah bantuan besar yang diberikan sanak saudara dan kawan-kawan di sini kepada saya khasnya dalam persiapan mengerjakan haji. Beberapa orang waris yang budiman seperti Datok Mohamed bin Yeop Abdul Raof dan lain-lain telah menghulurkan derma dalam jumlah yang besar untuk membantu perbelanjaan perjalanan kami. Kawan-kawan di sini pula khasnya imam dan lain-lain memberikan bimbingan-bimbingan yang penting tentang syarat-syarat mengerjakan haji.Nota:
Kami bertolak dari rumah dengan iringan doa dari kawan-kawan pada pukul 10 malam. Beberapa orang waris Abdullah C.D. dari Malaysia dan waris Abu Samah di Thailand dan Malaysia datang untuk menghantar kami. 60 orang kawan dari kampung kami dengan 6 buah kereta mengiringi perjalanan kami hingga ke lapangan terbang Haadyai. Itulah harapan kawan-kawan semoga kami dapat mengerjakan haji dengan selamat dan jaya.
Kami tiba di Mekah pada 17 Mac. Setiap masa kami menunaikan sembahyang di Masjid. Kami telah mengelilingi Baitullah. Berkat restu Allah, kami dapat mengerjakannya dengan aman dan selamat. Kemudian melontar batu dan tugas menjalankan kerja syair juga selesai.
Selesai mengerjakan haji kami bertolak ke Madinah, melawat makam Nabi Muhammad (S.A.W.) dan tempat-tempat bersejarah serta tempat suci agama Islam. Masjid Madinah sangat indah dan bersih. Udaranya nyaman dan menyenangkan. Di tiap-tiap batang tiang dipasang alat penyaman udara. Kami meninggalkan Madinah dengan kenangan keagungan Islam menuju lapangan terbang Jeddah kemudian Dubai. Kami tiba di Haadyai dari Dubai pada 21 April, pukul 4 petang. Sejumlah kawan termasuk waris Abdullah C.D. dan Abu Samah telah menunggu kepulangan kami. Pada malam itu juga kami tiba di kampung. Sebelum masuk rumah, kami bersembahyang beramai-ramai di masjid. Imam membacakan doa selamat dan kesyukuran atas kejayaan kami. Waris-waris Abdullah C.D. merasa gembira atas kejayaan kami. Itulah hajat terbesar kami menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan fardu Haji telah selesai.- Suriani Abdullah: SETENGAH ABAD DALAM PERJUANGAN, SIRD, 2006
Abu Samah mempunyai pertalian darah dengan Datok Bahaman
Siti Norkiah mempunyai pertalian darah dengan pahlawan perang Bahaman
Abdullah C.D. mempunyai pertalian darah dengan Datok Sagor, Perak
Maklumat Lanjut sila lawat " KINI dan SILAM"
Abadullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10 (Baca SINI)
|
Siti Mariam Idris (Allayarhamah) seorang puteri Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanah airnya diinjak-injak orang Inggeris dengan sesuka hati. Beliau telah menyertai AWAS untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Setelah penjajah British mengharamkan AWAS pada tahun 1948, meliau memanggul senjata, bergabung dalam Rejimen Ke-10 untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan.
Benarkah Rejimen Ke-10 pengganas?
Benarkah Rejimen Ke-10 tidak beragama?
Bagaimanakah soal agama di Rejimen Ke-10?
Sila ikuti penjelasan dari Siti Mariam Idris (Allahyarhamah), seorang kader veteran Rejimen Ke-10.
Benarkah Rejimen Ke-10 tidak beragama?
Bagaimanakah soal agama di Rejimen Ke-10?
Sila ikuti penjelasan dari Siti Mariam Idris (Allahyarhamah), seorang kader veteran Rejimen Ke-10.
interview Siti Mariam Idris 2 by hmn07
Gambar Dibawah : Cara Rosmah "SUAMI" Najib memertabatkan HUKUM Tuhan
No comments:
Post a Comment