Saturday, September 10, 2011

BUKAN KERJA SAYA MAHU PANTAU KEGIATAN `KRISTIANISASI" - KETUA UMNO BAHAGIAN

Sebuah stesyen TV di negara ini menjadi bahan tertawa masyarakat apabila menamakan sebuah surau dengan nama `Surau Al-Musyrikin' apabila menyiarkan isu `Kristianisasi' yang kononnya berlaku di sebuah Pusat Tuisyen berhampiran surau tersebut. Jadi, tidak hairan lah jika TV ini akan digelar sebagai `TV Al-Musyrikin' oleh masyarakat suatu hari nanti, dan memang agak sesuai memandangkan TV ini mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Hari ini, Malaysiakini menyiarkan kenyataan Pengerusi surau yang TV ini sebut `Al-Musyrikin' bahawa memang berlaku kegiatan `Kristianisasi' di Pusat Tuisyen berkenaan. Tetapi katanya, beliau tidak memantau kegiatan berkenaan kerana itu bukan kerjanya. Baca di sini. Saya merasa pelik juga, seorang Pengerusi Surau yang namanya seperti nama orang Islam iaitu Datuk Mustapha Kamal boleh berkata bukan kerja beliau untuk memantau kegiatan seperti itu. Apabila Malaysiakini menyebut bahawa beliau Ketua Umno Bahagian Seputeh, baru saya tersedar memanglah bukan kerja Umno memantau kegiatan sedemikian. Kerja Umno mungkin hanya menghebohkan sahaja atas sesuatu kepentingan.

Di dalam Islam, setiap umat Islam mesti peka dengan keadaan sekeling apatah lagi dengan kegiatan memurtadkan umat-umat Islam. Tetapi ini bukan kerja Ketua Umno Bahagian selaku Pengerusi Surau di situ. Berbeza dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu serbuan JAIS ke atas sebuah Gereja baru-baru ini. Kerajaan Negeri bertindak pantas dengan menyiasat kejadian tersebut serta meminta JAIS mengemukakan laporan lengkap agar tindakan boleh diambil. Sehingga kini, laporan masih belum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya isu Tauliah pula dihangatkan oleh JAIS.

PAS juga bertindak pantas dengan memohon untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja agar cerita sebenar boleh diketahui. Malangnya, terdapat halangan dari `eksekutif' menghalang PAS untuk bertemu JAIS. Sebab apa? Kononnya siasatan dan maklumat yang ada pada JAIS ini rahsia. Mengapa perlu dirahsiakan dengan isu sebesar ini? Jika mahu berahsia, mengapa dari awal tidak sahaja dirahsiakan kisah serbuan tersebut?

Di sini, jelas kepada kita pihak mana yang tidak sensitif dengan isu agama. Kita juga tahu pihak di sebelah sana hanya mahu mensensasikan isu agama bertujuan untuk kepentingan politik mereka, bukannya ikhlas untuk membela agama Islam. Media bersifat `Al-Musyrikin' ini juga banyak membantu kerja-kerja puak ini. Oleh yang demikian, kita menyeru seluruh umat Islam agar jangan bersubahat dengan puak seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular