Dato Seri, atau Tan Sri, atau Tun, gelaran itu tidak bermakna kalau anda tidak memiliki kekayaan yang luar biasa di negara kita. Gelaran itu hanya panggilan manja di antara kawan di kedai kopi kalau tidak memiliki berpuluh kereta mewah di rumah yang di kawal oleh gurkha dari Nepal.
Gelaran itu tiupan di angin kalau isteri tidak lebih dari satu. Ya, itu adalah golongan bangsawan. Golongan yang di lawan oleh Ibrahim Yaacob bila dia mulakan pergerakan dia sebelum merdeka, tetapi terpaksa berpaling tadah bila dia memahami bahawa di bawa ada beratus ribu yang hanya tunggu cebisan daripada yang atas.
Mokhzani MAHATHIR. Kekayaan yang amat luar biasa untuk seorang yang di lahirkan dalam dunia ini kepada seorang ayah yang berceramah di dalam dan luar negara bahawa korupsi / crony / nepotism sepatutnya tidak di bawa masuk ke dalam parti yang di sanjung tinggi, memberi nasihat kepada pemimpin yang lain bahawa parti sudah busuk ke akar tetapi lupa melihat ke belakang dengan setiap ayat yang keluar daripada dia. Adakah dia lupa bahawa anak anak dia di antara yang paling kaya di negara ? Atau dia hanya melihat apa yang berlaku di mana dia hanya hendak lihat ?
No 15 Paling Kaya di Malaysia 2011.
No 26 pada tahun 2010.
No 20 pada tahun 2008.
Kenapa Tun Mahathir tidak menyatakan bagaimana mereka dapat menguasai begitu banyak kekayaan ? Sampai 400 tahun keluarga mereka tidak perlu kerja ? Dato Seri Anwar Ibrahim pernah ungkit pasal benda ini tetapi nampak nya Tun Mahathir hanya nampak kesalahan orang lain yang mengumpul wang negara dalam jumlah yang begitu banyak. Anak dia semua malaikat. - kritis-online.com
No comments:
Post a Comment