Friday, September 9, 2011

Isu komunis dicipta untuk robekkan poket dan otak rakyat!

SUDAH hampir dua minggu media-media propaganda menyerang Mat Sabu berkenaan isu Bukit Kepong hanya kerana beberapa potong ayat yang keluar dari mulutnya mengangkat Mat Indera sebagai hero di dalam sebuah ceramahnya di Penang.
Media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin mahu rakyat fokus kepada isu komunis, mahu orang kampung, ayam itik dan lembu kambeng naik darah dan hilang akal (No Otak).

Sebelum ini MB Johor sendiri pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang daripada 150 tokoh terbilang yang lahir dari Negeri Johor [Tokoh terbilang]. Tapi langsung tak jadi isu.

Sifirnya mudah, bila rakyat fokus kepada kisah propaganda komunis yang dimainkan berhari-hari di media, orang kampung, ayam itik dan lembu kambeng akan naik darah dan hilang akal. Maka kocek rakyat dengan mudahdirobekkan tanpa disedari [mStar].



Taktik ini sudah diulang berkali-kali oleh media-media propaganda untuk memperbodohkan rakyat. Bagimenyerap kemarahan rakyat terhadap kenaikkan harga barang, maka isu lain yang sensitif dan nampak gempak harus dicipta.
Orang kampung, ayam itik dan lembu kambeng menggelupur bila baca tajuk berita Utusan "Mat sabu hina pejuang negara". Tapi buat tak paham bila Allah dan Rasul digelar anjing, babi dicerca, dihina, dicaci, dicarutkan oleh Sitt Al-Wuzara [JAKIM].

Teringat cerita Bujang Lapok, kerana terlalu sibuk bergaduh dengan samseng kampung dusun di jeti penambang, Sudin tak sedar koceknya sudah rabak. Satu sen haram tak tinggal maka meloponglah mereka bertiga di Kampung Pinang Sebatang


ReJaM© "Topup naik harga 6% tak penting, Allah dan Rasul digelar babi dan anjing tak penting, teruskan fikir pasal komunis, fokus... fokus..."

Barang Semakin Mahal..Kasihan Generasi Yang Akan Datang.
Harga barang dan makanan semakin mahal. Pergilah ke pasaraya-pasaraya...seperti TESCO, GIANT, NSK, CAREFOUR dan yang sekufu dengannya.  Pasar-pasaraya ini..memang lagi murah harganya daripada kedai runcit.  Jika ada pasaraya ini..."for sure" kedai runcit tak boleh cari makan dan gulung tikar.  Begitulah nak menunjukkan murahnya harga barang2 di pasaraya ini.   

Tetapi sejak UMNO menjadi gila naikkan kos elektrik dan minyak ini.....harga barangan di pasaraya yang murah ini..naik mencanak-canak...melambung tinggi. Terkejut ako.  kalau dulu harga kicap RM2.50 sebotoi...laa nie....amik kau...RM6.50. itu baru satu contoh.  Belum lagi UMNO nak laksankan GST. (Government Service  Tax) Jika UMNOBN menang dalam pilihanraya Umum ini nanti...confirm...GST akan dilaksanakan.  Masa tuu....kita rakyat jadi bubur laa.
Kalau dah pasaraya murah pun dah jadi mahal...apatah lagi kedai runcit di kampung-kampung.  Kasihan mak bapak kita kat kampung noo...di kampung mana ada TESCO, dan GIANT bagai. Banyak kedai runcit sekeliling kampung.  Bayangkan bagaimana..mak bapak kita hidup dikampung kalau hangpa semua..anak-anaknya hulur hanya RM50 atau seratus hinggit sebulan....huhuhu

Lagi kasihan kat generasi-generasi yang akan datang..yakni anak-anak kita.....dah la rumah mahal giler masa tuu.....semua main setengah juta, harga barang keperluan pun....memang tak masuk akai.  Lihat ajer Raya tahun nie...banyak rumah senyap jer lepas cuti raya...kalau tidakk...Open house sana..open house sini...hahaha.

Itulah hadiah dari Pemerintahan UMNO kepada rakyat yang mengundi mereka.  PANDIR betul pemimpin UMNO....kawal harga barang dan makanan dengan menaikkan harga minyak.  Betul-betul Pemimpin UMNO Pandir...eh Pandai ke Pandir ..hahaha..!!!

Tukar jer laa....Kerajaan UMNO BN ini nanti dalam Pilihanraya ni....buat apa pilih UMNOBN yang menyusahkan rakyat.  Rasuah pilihanraya RM100 hinggit...bangga korang dapat duit, tapi impaknya.....Seratus hinggit yang ko dapat tuu...takkan dapat menurunkan harga minyak yg dinaikkan dan harga barang keperluan dipasaran yang naik....dan duit yang  ko kena keluar belanja selepas menangnya UMNOBN adalah dua kali lipat dari seratus hinggit.

Lepas tuu nak tuduh DAP yang naikkan harga...hahaha..ko memang Pandir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular