Saturday, September 10, 2011

Padan Muker JAKIM @%#?? - Islam Terus DiHina dibawah pemerintahan UMNO

SEBELUM ini Jingga 13 sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker, dan blogger telah menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung isu penghinaan ke atas Islam oleh Sitt Al-Wuzara.


Difahamkan Jingga 13 sebelum itu telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Pihak SKMM telah menerima memorandum tersebut dengan baik.

Malangnya, JAKIM yang diharapkan untuk membawa isu ini ke tengah, telah menolak untuk menerima memorandum tersebut dengan alasan "bukan bidang kuasa mereka", rujuk sini [JAKIM].

Tindakan JAKIM ini benar-benar menggembirakan manusia biadap, Sitt Al-Wuzara. Tinjauan di laman twitternya menunjukkan Sitt Al-Wuzara terus menghina Rasulullah SAW dengan makian yang melampau [Twitter].

Alasan JAKIM mengatakan bahawa mereka tiada kuasa jelas sekali satu alasan yang dangkal. Tindakan menolak memorandum Jingga 13 ini juga satu tindakan yang sangat-sangat mengguris hati jutaan umat Islam di negara ini.

JAKIM mencanangkan di laman sesawang rasmi jabatan itu, kononnya berfungsi sebagai pihak yang "Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam" [Fungsi JAKIM].


Ini membuktikan bahawa JAKIM gagal menjalankan fungsi utamanya. Lantaran itu, difahamkan, Jingga 13 akan membuat permohonan menghadap Yang Dipertuan Agong selaku ketua Agama Islam negara ini bagi menghantar memorandum berhubung isu ini.

ReJaM© "JAKIM patut ditutup, menteri yang diberi kuasa eloklah letak jawatan..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular