Friday, September 9, 2011

Anak Yusof Rono Akui Mat Indera SELAMATKAN Nyawa Ayahnya & Kajian Dapati Mat Indera Bukan Berfahaman Komunis

[KD] MELAKA: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu diselamatkan Mat Indera selepas serangan itu berlaku.
Nazir Yusoff, 54, berkata, bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkannya ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Menurut Nazir, Mat Indera mengenali bapanya yang pernah bersama bekerja sebagai buruh di pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis.

Nazir yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka berkata, selepas serangan pada 23 Febuari 1950 itu, bapanya antara empat yang terselamat.

“Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat-mayat. ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka mendapati bapa saya masih hidup.

“Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat terjun ke dalam sungai,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut Nazir, bapanya cedera dalam serangan itu selepas ditarik dari kubu bawah tanah, sementara tangan kiri serta matanya turut cedera terkena serpihan bom.

“Ketika itu lah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata ‘yang sudah tu sudah lah’ kepada anggota komunis berkenaan,” kata Nazir.

Nazir membuat pendedahan itu susulan kenyataan adik Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65 yang mendakwa abangnya itu telah menyelamatkan Yusoff.

Allahyarham Yusoff meninggal dunia di Melaka pada 14 April 2005 ketika berusia 82 tahun.

Sementara, Malaysiakini malaporkan terdapat satu kajian pada tahun 1973 yang menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Kajian tersebut yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim merupakan latihan ilmiah untuk keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.

Tujuan tulisan itu untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata menentang penjajah, dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat langsung dengan peristiwa tersebut, termasuklah Nawi Idrus, ketua pengawal kampung (home guard) dan rakan-rakan Mat Indera (kiri) yang menyertainya masuk ke hutan.

Dalam kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:


“Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”
P/s: Terburai tembelang UMCO dan geng! - DCM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular