Thursday, September 8, 2011

"Pengukir Nama Johor" adalah KOMUNIS ...

MB Johor seperti tertekan apabila mengulas isu tentang Mat Indera, yang dianggap Pejuang oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Baru-baru ini Mat Sabu telah membuktikan bahawa Mat Indera sememangnya seorang Pejuang kerana nama tokoh ini telah disemadikan di dalam sebuah buku "Pengukir Nama Johor' yang dikeluarkan oleh Yayasan Warisan Johor serta mendapat `restu' dari Kerajaan Negeri Johor sendiri.


Akibat tertekan kemungkinannya, MB Johor Abdul Ghani kemudiannya mengiktiraf Mat Indera adalah sebagai Komunis yang kejam dan zalim. Meskipun kata-kata aluan di dalam buku tersebut ditulis oleh MB Johor sendiri, hari ini MB Johor menyebut bahawa di dalam buku yang bertajuk "Pengukir Nama Johor" terdapat seorang `Komunis yang kejam dan zalim". Ertikatanya, "Pengukir Nama Johor" di antaranya adalah seorang Komunis yang kejam bernama Mat Indera. Tentu pelik, bagaimana seorang Komunis boleh diiktiraf sebagai "Pengukir Nama Johor"? Adakah Johor berfahaman Komunis?


Melalui Malaysiakini, MB Johor yang sudah `kelam kabut' tersebut menyatakan, " Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri. Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan (Malaysiakini).


Beliau menyebut penulisan di dalam buku tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik. Apakah kebenarannya? Di dalam buku berkenaan, Mat Indera digambarkan sebagai Pejuang bukan Komunis. Jadi, adakah itu yang dianggap kebenaran oleh Abdul Ghani? Jika begitu, mengapa beliau masih menyebut Mat Indera itu sebagai Komunis yang kejam dan zalim?


Kita memahami betapa sukarnya MB Johor untuk mengakui hakikat sebenar kerana tekanan politik melebihi dari fakta sejarah yang beliau sendiri akui. Johor dianggap sebagai tempat `Umno berkubang', masakan Abdul Ghani mahu menyokong fakta yang dibawa oleh Timbalan Presiden PAS itu. Sepatutnya beliau berbangga kerana di bumi Johor lahirnya seorang pejuang yang menentang penjajah sehingga ke tali gantung. Malangnya kepentingan politik dan peribadi menjadikan MB Johor ini sanggup menghina anak watannya sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular