Betul lah tu puak umno nak bela sangat orang melayu kononnya, apa-apa lah janji bahagia sudahlah, tapi sebenarnya puak umno nei nak bela periuk nasik sendiri..
beberapa negeri dah diperintah pakatan rakyat, maka terdengar lah keluh kesah puak umno nei,
jadi selama nei puak umno nei menyokong umno apco sebab nak projek la agaknya... bijak memang bijak.. kaki belit sungguh.. bukan patriotik... tapi opportunist.
yang kesiannya makcik dan pakcik dikampung teruk ditipu.. bak kata orang terengganu
"kene lebom sume"
Makcik dan pakcik.. nei nak bagi tau nei... UMNO tu pengasasnya orang melayu kew?. kah..kah..kah...
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan antara pengasas parti itu, merupakan seorang penjajah berbangsa Inggeris, ini diketahui ketika SAMM membuat kajian ke Johor dan meneliti pelbagai bahan berkaitan sejarah Bukit Kepong baru-baru ini.
Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, terdapat banyak fakta sejarah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk keahlian seorang British bernama Dr Charles Joseph Pemberton Paglar dalam Umno.
"Ohh jadi UMNO nei bukan la parti orang melayu ye?"
"Betul lah makcik.. bukan parti orang melayu, sekarang pun mamak punya la banyak dalam tu.. Makcik kene lebom selama nei "
"sape Charles Joseph Pemberton Paglar tu nak?"
“Dia nei tengok name bukan islam nei makcik, Charles Joseph Pemberton Paglar ni ahli nombor 6 seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia nei campur...nak kepada orang British (penjajah) and Indian descendants (mamak agaknya), berasal dari Alor Gajah, Perak,”
Kah..kah..kah.. UmnoApco 1 malaysia dah kene kelentong dengan pemimpin depa.macam mane nei...?
Menurut Pengerusi SAMM , Badrul Hisham Shaharin, sejarah penubuhan umno adalah begini.
Ketika Sir Harold Mc Michael, ditugaskan ke London pada 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor enggan menandatangani perjanjian tersebut.
“Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Pelbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. Ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.
Menurutnya lagi, Sultan berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan baginda.
“Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak Mc Michael. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr Charles Joseph Pemberton Paglar diberi keahlian UMNO bernombor # 000006,” kata Chegu Bard.
Kira pusing dan buruknya perangai umno nei dari dulu la rupanya, menggunakan tipu helah dan pengaruh untuk pujuk sultan... Umno , dulu, kini dan selamanya pembelit. .. kah..kah..kah
Chegu Bard menimbulkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh Umno, antaranya asas penubuhan Umno dan mengapa antara pengasasnya adalah bukan Melayu.(Ingat keahlian umno nombor 000006)
“Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang,” ujarnya.
Menurut Chegu Bard, British tahu mereka tidak mampu meyakinkan orang ramai dengan menubuhkan organisasi baru ciptaan penjajah itu, justeru telah membuat perjanjian menubuhkan Malayan Union.
“British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan Malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?
"Begitulah agaknya makcik.. pakcik, penjajah nei memang terkenal dengan otak pembelit"
Kah..kah..kah... Ok orang umno... lepas nei dah boleh buka keahlian kepada orang bukan melayu ye, sebab sebelum ini pun memang ada keahlian bukan melayu, Ahli ke 6 itu ialah anak kepada penjajah british.
Puak Umno jangan meroyan lagi k...
"Berrrrrrr saatu kita bersatu, menentang umno penipu"
@TUKANGLAWAN Tergelak terbahak-bahak..UMNOAPCO mengaku pembela melayu...
Benarkah Ahli Umno Semua Beragama Islam?
UMNO adalah salah satu alat untuk memecah belahkan Melayu dan lebih buruk lagi, UMNO memecah belahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing " Inggeris. Dan sekarang UMNO mengatakan bahawa pembangkang telah memecah belahkan Melayu? itu yang berlaku sebenarnya.
Sumber: Malaysia Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Ok, Sekarang Sejarah Versi Saya (Okay, now my version of history)
Untuk menyokong versi saya, saya telah memaparkan sedikit daripada buku Mustapha Hussain, Malay Nationalism Before Umno (Semangat Kenegaraan Melayu Sebelum UMNO).
Sekiranya anda membaca seluruh isi kandungan buku (yang saya ada), anda akan mendapati bahawa orang-orang Melayu telah bersatu untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada British sebelum Perang Dunia Kedua dan sebelum UMNO lahir pada tahun 1946.
Kemudian, Inggeris 'menubuhkan' UMNO. Saya pernah menulis mengenainya, sekitar sepuluh tahun yang lalu, yang telah diterbitkan di Harakah, ketika saya mewawancarai seorang 'anak lelaki tua' dari MCKK, Datuk Andika, yang meninggal beberapa tahun yang lalu di Kuala Terengganu pada usia 100.
Datuk Andika menceritakan bagaimana dia didorong dan dibiayai oleh Kerajaan British untuk menubuhkan cawangan UMNO pertama di negeri Terengganu, yang berada di Dungun.
Kerajaan Inggeris membenarkan UMNO untuk berkempen tentang Merdeka. Tetapi ketika orang-orang KMM melakukan perkara yang sama, Kerajaan Inggeris menahan mereka tanpa perbicaraan.
Ringkasannya, Melayu sudah bersatu sejak lama. Dan mereka bersatu untuk melawan Inggeris. Tapi Inggeris telah mencipta UMNO. Dan tujuan mencipta UMNO adalah untuk membahagikan orang Melayu dan membunuh KMM.
Strategi ini sangat pintar. Kerajaan Inggeris juga melakukan hal yang sama di Kerajaan Uthmaniyyah, sekiranya anda mempelajari sejarah Arab. Kerajaan Inggeris mencipta strategi yang luar biasa ini disebut 'pecah dan perintah'. Dan ia berjaya di seluruh tanah jajahan Kerajaan Inggeris.
Itu yang berlaku sebenarnya. UMNO adalah salah satu alat yang membelah belahkan Melayu. Dan, lebih buruk lagi, UMNO memecahbelahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing lari" Inggeris. Dan sekarang UMNO membicarakan bahawa pembangkang telah memecahbelahkan Melayu?
Biarkan Profesor Sejarah Khoo Kay Khim membuktikan saya salah.
Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno
Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.
Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.
Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.
“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.
Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.
Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.
Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. “Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi. -HarakahDaily
sumber: malaysia-post
No comments:
Post a Comment