Monday, May 23, 2011

Lempoyang memecahkan batu karang

Batu Karang
Sejak akhir-akhir ini,kita bayak mendengar ramai yang terkena penyakit batu karang, samada hempedu atau buah pinggang.Ada yang mengambil jalan singkat terus buat pembedahan sahaja.Malangnya,ada yang berbulan-bulan tidak dapat buat pembedahan,sebab barisan menunggu panjang sangat.

Tiba-tiba mak saya membuka buku resepi lama,resepi memecahkan batu karang.Tidak kira dalam hempedu atau buah pinggang,lalu beliau beritahu nak kongsi bersama.Bagi yang dah tahu anggaplah ini ulangtayang cerita P.Ramlee,tidak jemu,kan

Resepinya begini..
2 inci lempoyang
3 gelas air

Lempoyang dipotong dan diketuk.Rebus sehingga air tinggal ½ cawan.Seeloknya rebuslah dalam periuk tanah atau kaca,untuk mengelakkan tindakbalas kimia yang keterlaluan,sekiranya kita menggunakan periuk aluminium.Minumlah setiap hari,sehinnga batu karang pecah.

Lempoyang juga bagus untuk orang berdarah tinggi dan sakit jantung.

Selamat mencuba.


Penyelidik UPM temui lempoyang bantu rawat dan cegah kanser serviks



SERDANG, 18 Jan – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemukan bahan semulajadi dari tumbuhan herba tempatan, lempoyang, untuk rawatan serta pencegahan kanser serviks tanpa membunuh sel-sel normal manusia.
Lempoyang
Dr Ahmad Bustamam Abdul berkata bahan semulajadi ini mempunyai kemampuan rawatan sama seperti ubat anti kanser komersil yang sering digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks.
Katanya, keputusan makmal membuktikan bahawa bahan semulajadi ini boleh digunakan pada dos tinggi dan tidak membawa kerosakan pada tisu-tisu normal manusia serta mengurangkan pelbagai komplikasi yang sering timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.
“Bahan ini telah menjalani ujikaji sel kanser manusia serta model haiwan makmal berpenyakit kanser serviks bagi kajian aktiviti anti kansernya, terutama terhadap pangkal rahim.
“Sebagai tambahan, makmal kami telah mengubah sesuai struktur molekulnya bagi membolehkan ia dilarutkan dalam air dengan amat mudah. Oleh itu, larutan cecair yang diperoleh akan memudahkan bahan semulajadi ini diformulasikan dalam bentuk paling sesuai agar ia bertindak sebagai bahan ubat anti kanser,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis promosi hasil penyelidikan UPM iaitu bahan semulajadi untuk rawatan dan pencegahan kanser serviks di Institut Biosains di sini hari ini.
Lempoyang ialah daripada jenis halia dan juga dipanggil halia hutan atau liar, tumbuh liar di kawasan semak samun dan pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Seperti genus halia yang lain, lempoyang membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Dr Ahmad Bustamam berkata berdasarkan keputusan makmal mendapati bahawa bahan semulajadi ini bertindak sebagai bahan anti neoplasik, terutama bagi sel-sel pra kanser serviks dan menginduksi apoptosis penyebab sel-sel kanser tamat hayat melalui keruhan pada mitokondria sel, seterusnya menyebabkan pecahan DNA nukleus.
Beliau berkata menerusi penemuan teknologi bahan semulajadi ini, kos rawatan pesakit kanser pangkal rahim akan berkurangan berbanding penggunaan ubatan berasaskan bahan bukan semulajadi, yang diimport yang jauh lebih mahal di samping ia didapati sesuai digandingkan dengan rawatan kemoterapi.
“Bahan ini telahpun menjalani ujian pra klinikal dalam haiwan makmal yang membuktikan ia mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat serta berupaya membunuh sel-sel kanser sama seperti ubatan anti kanser komersil.
“Tambahan pula, bahan semulajadi ini amat stabil sehingga enam bulan dalam larutan pada suhu bilik,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Bustamam berkata bahan semulajadi ini mampu dikomersilkan sebagai Douches and Suppositori.
“Bahan semulajadi kini berada di peringkat terakhir, iaitu peringkat pembangunan produk bertaraf komersil untuk pemasaran.
“Adalah diharapkan agar syarikat-syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang untuk memasarkan bahan semulajadi ini sebagai produk ubatan herba anti kanser di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Dr Ahmad Bustamam berkata kesemua penyelidikan asas dan bahan semulajadi utama ini bermula pada 2002 dan berakhir pada akhir tahun lepas melibatkan lima lagi penyelidik dari universiti berkenaan.- selangorkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular