Sunday, September 15, 2013

Nasib Akhbar milik UMNO

Utusan tak jadi pilihan walau diedar percuma
SEPTEMBER 14, 2013 - Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada majlis sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. - TMI

Baca apa Najib kata ni dulu..
..... Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu.

"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno.

Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu.

Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut ~ The Malaysian Insider

Sepatutnya Najib kata Utusan adalah lidah kera mat UMNO.. bukannya lidah keramat Melayu.. sebabnya fitnah adalah ditegah terhadap oreng Melayu yang berugama Islam..

Lagipun orang Melayu tak mungkin berbangga dengan pencapaian Utusan yang dah berkali-kali kena bayar saman sebab fitnah pemimpin Pakatan.. macai-macai UMNO mungkin berbangga.. Anak Sungai Derhaka

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular