Friday, May 31, 2013

50 tahun BN gagal bina jalan raya di Sarawak


"Sekiranya musibah bot Belaga itu berlaku sebelum 5 Mei, sama ada Perdana Menteri atau timbalannya tentu melawat Belaga dalam tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah"
Hampir 50 tahun Sarawak merdeka di dalam Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Kenapa mereka tidak mampu membina jalanraya penghubung ke kawasan Belaga selama hampir 50 tahun memerintah? Bukankah Sarawak adalah negara gabungan (sovereign country) yang terkaya di Malaysia?

50 tahun merdeka, jalanraya penghubung kawasan pedalaman, bekalan air bersih di pedalaman, dan bekalan elektrik masih lagi tiada. Adakah pemimpin barisan nasional yang memerintah selama puluhan tahun tidak merasa malu terhadap masalah ini?

Ironinya, gaji ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri kanan, menteri muda, setiausaha menteri, ADUN negeri Sarawak naik 300% di dalam keadaan rakyatnya yang masih lagi tidak mendapat akses bekalan dan kemudahan daripada pihak kerajaan/taxpayers money! Gaji ADUN Sarawak lebih besar daripada ADUN biasa lain di Malaysia. Ahli Parlimen biasa di Malaysia tidak mempunyai Gaji sebesar ADUN Sarawak! Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs


KUALA LUMPUR: Pertanyaan yang sepatutnya bermain di kotak fikiran rakyat ketika kaum Dayak menyambut Gawai ialah sama ada musibah bot Belaga pada Selasa lalu, dengan 179 yang terselamat dan 11 yang lain hilang, menjadi salah satu agenda Kabinet Persekutuan semalam.

Lim Kit Siang berkata, soalan kedua ialah adakah Kabinet telah memutuskan untuk memperbetul kegagalan 50 tahun pembangunan saksama di Sarawak dengan memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga.

“Sekiranya jawapannya tidak pada salah satu atau kedua-duanya, soalan ketiga ialah apa perbezaan yang dilakukan kepada teras sosio-ekonomi nasional dan pembangunan infrastruktur juga keadilan sosio ekonomi yang terlewat kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui perlantikan tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak menyertai Kabinet Persekutuan?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Malah, kata beliau sekiranya musibah bot Belaga yang tragis itu berlaku sebelum 5 Mei yakni hari pengundian PRU13, sama ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri tentu telah melawat Belaga dalam tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Persekutuan secara peribadi, dibandingkan dengan sikap berbeza mereka sekarang, yang tidak mengucapkan sepatah pun tentang musibah bot Belaga sejak dua hari lalu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambaha, amat menyayat hati apabila sekalipun tragedi bot ekspres berlaku di tengah-tengah Sungai Balui yang dikhuatiri telah meragut 11 nyawa, jeti Kapit semalam penuh sesak seperti biasa dengan ramai orang terdesak mahu pulang ke rumah untuk festival menuai Gawai Dayak hujung minggu ini.

Beliau berkata, bot yang menuju ke kawasan Belaga amat terhad dan kebanyakan orang tidak mampu untuk tinggal satu malam di Kapit sehingga tiket boleh didapati.

“Setiap orang takut menggunakan bot ekspres kerana arus sungai tidak boleh dijangka tetapi mereka tiada pilihan memandangkan mereka tidak boleh menggunakan pengangkutan darat,” ujarnya yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Katanya, dijangkakan terdapat lebih kurang 100,000 orang tinggal di kawasan Kapit dan Persekutuan serta kerajaan negeri tidak boleh berterusan meninggalkan tanggungjawab mereka untuk memastikan wujudnya akses jalanraya ke Kapit dan Belaga.

“Apakah suara orang pedalaman di Sarawak, terutamanya di Kapit dan Belaga berkenaan musibah bot Belaga yang baru berlaku pada Gawai Dayak tahun ini, akan didengari dan diambil tindakan oleh Kabinet Persekutuan baru memandangkan kini ada tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak selepas PRU13?” tanya beliau lagi.

Beliau juga bertanya apakah akan wujud rancangan khas untuk memastikan akses jalanraya ke Kapit dan Belaga di dalam ucapan dasar pertama Kerajaan Najib pasca PRU13 apabila Yang di-Pertuan Agong secara rasminya membuka Parlimen ke-13 pada 25 Jun depan. - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular