Friday, December 14, 2012

Tindakan Hishammuddin menukar status masyarakat India menyalahi undang-undang negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein Onn dalam satu kenyataan pada 12.12.12 telah memberikan bukti bahawa wujudnya agenda kerajaan Bn untuk menukar status masyarakat India ‘tanpa kerakyatan’ kepada bukan warganegara.
Ini adalah amat berbahaya, tindakan Kementerian Dalam Negeri dibawah Hishamuddin ini menyalahi undang-undang dan harus dipandang serius. Hishamuddin semalam mendakwa bahawa bahawa JPN Putrajaya hanya menerima 308 permohonan, yang mana 280 adalah untuk status pemastautin tetap. Ini adalah satu pembohongan terang-terangan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

308 Orang India Malaysia di JPN Putrajaya semalam mengisi permohonan untuk pengeluaran MyKad biru. Mereka tidak mengisi sebarang permohonan bagi penduduk tetap. Pemohon dari masyarakat India, semuanya dilahirkan di negara ini atau ada diantara ibu bapa mereka adalah warganegara.

Oleh itu, di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, ini menjadikan mereka warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. Kerajaan telah menyalahi undang-undang apabila menafikan MyKad biru kepada mereka.

Jadi mengapa Hishamuddin sanggup menafikan hak mereka yang selayaknya merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sebagai penduduk tetap?

Malah, semasa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat pada 12.12.12, kira-kira 500 kaum India tidak bernegara hadir di JPN Putrajaya dan turut disertai oleh kira-kira 1000 penyokong. Walaupun notis terlebih dahulu telah diberikan, JPN tidak dapat untuk memenuhi jumlah besar tersebut dan hanya 308 berjaya untuk dimasukkan ke dalam permohonan mereka.

Kami mencabar Hishamuddin untuk menguruskan borang permohonan tersebut, sekaligus menunjukkan kepada mereka bahawa ianya adalah borang permohonan MyKad dan bukannya borang kewarganegaraan.
Hishamuddin dan pemimpin politik Bn terus memilih untuk mengabaikan dan memperkecilkan penderitaan rakyat Malaysia yang tidak bernegara daripada mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah, pemimpin Bn yang kebudak-budakkan kemudiannya meminta Pakatan Rakyat untuk menguruskan 300,000 warga India tidak bernegara.

Ia sepatutnya adalah tanggungjawab mereka sebagai kerajaan Persekutuan untuk mencari dan mendaftarkan rakyat Malaysia tanpa kerakyatan di seluruh negara.

Kerajaan Persekutuan yang mempunyai sumber-sumber dan tenaga manusia sepatutnya berbuat demikian. Ia adalah satu pengabaian tanggungjawab oleh kerajaan Bn untuk meminta pembangkang menyelesaikan masalah ini.

Hakikat menunjukkan bahawa masyarakat India di Malaysia yang menghadapi masalah ‘tidak ada kerakyatan’ dalam tahap dan jumlah yang membimbangkan, sama ada di estet, kawasan bandar atau luar bandar, ia menunjukkan dengan jelas kegagalan dahsyat sistem kerajaan Bn.

Kami di Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi bahawa tidak ada seorang pun rakyat yang boleh dipaksa untuk tidak mempunyai kerakyatan di negara ini.

N Surendran
Naib Presiden KEADILAN

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular