Thursday, July 12, 2012

Pasangan warga emas bercerai hasil dari ceramah Dr Hasan Ali ..


Tahniah buat UMNO Kelantan yang berjaya mempergunakan Dr Hassan Ali untuk memecah belahkan rakyat Kelantan

Sebelum ini PAS yang tuduh melakukann perkara sdemikian diera tahun 80han,, tetapi sekarang UMNO pula,,, kenapa aku kata UMNO,, kalau nak harap Hasan Ali sorang, tak mungkin kejadian seumpama ini berlaku, kalau bukan UMNO yang mengkoperatkan ceramah-ceramah untuk memburukan PAS dengan menggunakan penceramah import.. - Manjung Mari
Bercerai angkara fahaman politik
CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.

PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.

Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.

Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.

Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.

Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.

"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.

"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. - KOSMO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular