Wednesday, July 11, 2012

Bila PM jadi Kontraktor!!!

Wall Photos
Nak rasa camne naik LRT yang bakal dibangunkan oleh tukang meter paip? Pergi carik paip, letak kat moto, beskal, atas lantai atau mana mana yang korang suka, pastu duduk atasnya.. Kah kah kaaaaaaaaaaaahh!!

EDISI LANDASAN PAIP: Najib, Tukang Paip & Projek LRT Ampang

Ini Dia Dokumen Sahkan Najib Campurtangan Projek LRT Ampang. Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan. Ini membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Sila Klik SINI
Pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut. Kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.


Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,
2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan
4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari
Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik Tukang Meter Paip sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624. Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Sesiapa yg ada dokumen ni boleh kena dakwa bawah OSA. - ERA PASCA

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula

Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek raksaksa ini.

Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Dimana kah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?

Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.

Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.

Pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu amat mengejutkan banyak pihak dan lapuran polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.

Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalah gunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.

Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri didunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.

Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.

Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.

Najib, saya ulangi sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.

Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali. - ASPAN ALIAS

Kenapa Najib anugerah kepada George Kent yang tawarkan harga RM167 Juta lebih tinggi?


Meskipun Konsortium George Kent Bhd yang telah gagal penilaian teknikal dan kewangan telah membida pada harga jauh lebih mahal dari dari Balfour Beatty, Najib tetap menganugerahkan projek LRT ini kepadanya...


Konsortium George Kent Bhd. menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion perbezaannya ialah RM167 juta.

Selain lebih rendah harga yang ditawarnya Balfour Beatty punya pengalaman dalam bidang ini tetapi Konsortium George Kent Bhd tidak punya pengalaman dalam bidang ini..

Tidak berpengalaman dan harganya juga lebih RM167 Juta.. tapi kenapa Najib anugerahkannya kepada Konsortium George Kent Bhd juga???

Projek LRT Ampang: Dokumen sahkan Najib serah tender pada kroni

PETALING JAYA 10 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, satu dokumen membuktikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi Perdana Menteri telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada Konsortium George Kent Bhd.

Dokumen tersebut adalah keputusan mesyuarat kelima JPMK pada 21 Jun lalu dan Datuk Seri Najib Razak mempengerusikannya kerana beliau adalah Menteri Kewangan. JPMK pula adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah projek-projek besar kerajaan.

Dalam sidang medianya, Rafizi berkata, George Kent menawarkan kos lebih tinggi berbanding syarikat lain yang benar-benar berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja tambahan bagi projek LRT laluan Ampang.

Menurut beliau, syarikat menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion.

“Dalam senarai syarikat pembida, Balfour Beatty menduduki senarai teratas. Syarikat ini menawarkan harga kompetetif selain benar-benar berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan LRT.

“Tetapi syarikat ini telah dinafikan kerana Datuk Seri Najib Razak mahu memberikan projek kepada syarikat rakan baiknya,” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Jelas Rafizi, Najib dalam jawatankuasa perolehan itu memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor dan membatalkan keputusan awal jawatankuasa itu yang melantik Balfour Beatty pada 26 Januari lalu.

Keputusan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar melalui surat bertarikh 25 Jun 2012.

“Pendedahan keputusan JPMK mengesahkan dakwaan KEADILAN bahawa Datuk Seri Najib campur tangan dalam proses penilaian dan penganugerahan tender ini,” katanya.

Beliau juga mempertikai prosedur yang digunakan dalam Pekeliling Perbendaharaan hingga membolehkan Perdana Menteri memberikan projek kepada pembida yang menawarkan harga lebih tinggi berbanding syarikat lain.

Malah lebihan RM167 juta ada kaitan dengan pembayaran komisen kepada syarikat kroni Umno BN turut dipersoal Rafizi.

“Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan?” soal Rafizi lagi - Keadilandaily

Memandangkan dokumen tersebut dilabel sebagai sulit.. sila lihatnya di ( Rafizi Ramli ) - ASD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular