Sunday, January 1, 2012

Urutan berita Mahasiswa Vs UPSI dan FRU +Video & Gambar

Selepas penangkapan dilakukan terhadap 17 orang mahsiswa yang berdemo di UPSI Universiti Pendidikan Sultan Ismail semalam, dimana 2 diantara mereka dikatakan cedera ketika pergelutan dengan FRU dan Pihak Polis yang berada di lokasi.

Dilaporkan juga ramai aktivis aktivis dan juga mahasiswa yang hadir pada waktu tengahari untuk menunjukan mereka prihatin dan mahukan keadilan untuk mahasiswa yang ditangkap.
Gambar sekitar Depan Balai Polis Tg. Malim

Gambar sekitar Depan Balai Polis Tg. Malim

Alhamdullilah sekatat ini laporan telah mengesahkan bahawa Adam Adli dan kesemua Mahasiswa yang ditahan telah dilepaskan oleh Polis.

Dalam kenyataan lain, Pihak polis telah menafikan pergelutan dengan mahasiswa didepan UPSI. Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim. Insiden malam tadi dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk kumpulan mahasiswa, pembangkang dan NGO yang mendakwa polis menggunakan kekerasan melampau dalam menyuraikan peserta.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi dan mahasiswa kontroversi yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak — Adam Adli Abdul Halim — antara yang ditahan.

Pintu Kaca Klinik pula dipersalahkan?
Lihat dengan jelas, adakah titisan darah di kawasan pintu ini? jika mahsiswa di melanggar pintu ini, pasti akan ada darah disekitar kawasan ini, akan tetapi mana kesan darah nya? nak cakap mereka dah mob kawasan ini? warna merah di lantai itu bukan darah akan tetapi kaca dari pintu ini yang tertera dengan tulisan dan logo klinik. sila lihat video semula untuk pengesahan.
Seperti yang dijangka Pihak Polis akan mengambil langkah berjaga dengan mengatakan tiada langsung body contact ketika mereka menyuraikan demo tersebut, akan tetapi yang pasti adalah saudara Safwan Anang masih lagi di hospital, beliau sudah sedar walaubagaimana pun, keadaannya masih tidak diketahui.

Tindakan polis ini juga adalah dikatakan bagi menutup isu isu yang lebih besar terjadi dinegara Malaysia, seperti Skandal Feedlot dan Wang Zakat. Ia juga merupakan pemamkin kepada mahasiswa untuk turun ke bersama pada 9 januari 2012 ini.

REALLY@ Truly Malaysia!


Mahasiswa diperlakukan seperti BINATANG! DIMANAKAH otak korang letak? Kepada Anggota POLIS DiRaja Malaysia, hari ini kamu buat mereka begitu tp pernahkah kamu fikir BAGAIMANA jika anak anak kamu diperlakukan begitu kelak? Apa perasaan kamu? JANGAN JADI BANGSAT! Kepada UMNO dan semua anjing anjingnya, JANGAN NAFIKAN KEBANGKITAN MAHASISWA KALI INI PASTI LEBIH HEBAT DARI KEBANGKITAN MAHASISWA PENGHUJUNG 90an LALU.

Jingga 13 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim oleh FRU ini! Jingga 13 bersama mahasiswa menolak kekejaman ini, dan kami mendesak anggota yang terlibat dikenakan tindakan tegas!

Salute pada Pro-Mahasiswa UPSI. Anda semua PEJUANG... HIDUP MAHASISWA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular