Monday, December 12, 2011

Shahrizat LETAK JAWATAN? Mungkinkah RAFIDAH MUNCUL SEMULA?

Nampaknya Shahrizat semakin tertekan. Angkara siapakah sehingga Shahrizat semakin tertekan. Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang menekan Shahrizat supaya meletakkan jawatan tetapi 2 orang Ahli Parlimen dari Sabah juga berani mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.. Memang wajib dan wajar Shahrizat letak jawatan. kerana tidak bertanggungjawab terhadap pemberian wang rakyat RM250juta kepada keluarganya bagi projek NFC.

Dengan selamba Shahrizat menjawab keluarga dia memang layak untuk mendapat projek tersebut. Dia juga menyatakan tidak salah untuk keluarga beliau mendapat dana sebanyak itu.

Sebab itulah tindakan 2 ahli Parlimen Sabah itu kita sifatkan kena pada tempatnya ..............Ahli Parlimen Kalabakan Abdul Ghafur Salleh dan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dengan lantang menggesa Shahrizat letak jawatan. Bagi kita, Shahrizat letak semua jawatan termasuk menteri, senator dan Ketua Wanita Umno jika beliau mempunyai maruah.Kalau dia tiada maruah macam Ketua Menteri Melaka (yang disabitkan rasuah) dia boleh terus memegang jawatan yang disandangnya sekarang.

Mungkinkah selepas ini Kak Fidah akan muncul semula selepas Kak Ijat letak jawatan (kalau Kak Ijat ada maruah la)............. ML

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular