Wednesday, November 2, 2011

Naib Ketua Pemuda Umno bergaduh pasal tanah!

Seorang kenalan daripada Pemuda Umno Temerloh menceritakan, Naib Ketua Pemuda Bahagian tersebut telah diserang dan bergaduh dengan seorang ketua pemuda sebuah cawangan di RNR Sungai Buluh, Kuala Lumpur.

Menurut yang empunya ceritera, pergaduhan itu tercetus atas dasar tidak puas hati ketua pemuda cawangan itu, yang difahamkan kakitangan pejabat tanah, terhadap naib ketua bahagian kerana tidak mahu melepaskan hak sebagai ahli lembaga sebuah syarikat.

Menurut sumber tersebut lagi, syarikat itu telah mendapat sebidang tanah yangg ‘dianugerahkan’ oleh Ketua Bahagian (Sharkar) seluas 50 ekar.

Akibat daripada pergaduhan itu naib ketua telah membuat laporan polis dan ketua pemuda itu telah dipanggil ke balai polis Damansara untuk di ambil keterangan.

Tambah sumber itu lagi, kini Pemuda Umno Temerloh telah berpecah kepada berberapa puak yang mengambil kesempatan dan telah menyebarkan dalam Umno sendiri tragedi memalukan yang berlaku itu.

Mungkin ini ada kaitan dengan naib ketua tadi yang dikatakan salah seorang yang dinamakan bakal calon BN dalam Dun Kuala Semantan dalam PRU akan datang.

Konon-kononnya, dia dicalonkan bersama-sama Nuar Yunus, Cikgu Ami dan Riduan (Duan kucing) untuk bertanding di Dun Kuala Semantan yang kini dikuasai PAS. PSRN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular