Wednesday, November 2, 2011

ADUN TUNGKU HANYA MAMPU BINA TANDAS!

“ADUN Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said hanya mampu membina sebuah tandas bernilai RM3,000 ketika kami minta beliau bina Masjid baru Kampung Sungai Nipah,” ujar Ketua Cawangan UMNO Sungai Nipah, Tungku, Alimuddin Abdul Rahman ketika ditemui Sabahkini.net di Tambisan.

Menurut Alimuddin, surau Sungai Nipah dibina di era Berjaya sekitar 1976 dan sejak daripada itu, permohonan penduduk kampung untuk menaiktaraf surau kepada Masjid dan mendapatkan tapak baru bagi membina Masjid baru tidak mendapat layanan daripada Adun Tungku dan Ahli Parlimen Silam.

Surau yang ada sekarang, kata Alimuddin terletak jauh daripada perkampungan dan hanya dapat digunakan untuk sembahyang Jumaat dan Aidil Fitri atau Aidil Adha kerana tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Kita hanya berharap kepada genset, tetapi bekalan minyak sering menjadi masalah dan kami terpaksa bersembahyang di dalam gelap atau menggunakan lampu minyak tanah,” kata Alimuddin yang juga Imam Rawatib Sungai Nipah.

Sehubungan itu, Alimuddin menggesa agar Mantan Ahli Parlimen Kinabatangan yang kini menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin agar dapat membina Masjid baru bagi menggantikan masjid yang sudah terlalu uzur dan hampir menyembah bumi.

“Rasanya kita sudah bosan menunggu janji wakil rakyat UMNO sejak 1994 dan kita menaruh harapan yang tinggi kepada TYT agar bermurah hati menjayakan pembinaan masjid baru demi meningkatkan syiar Islam dan untuk keselesaan jemaah menunaikan ibadah,” ujar Alimuddin dengan nada penuh mengharap. sabahkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular