Wednesday, October 5, 2011

Nazri sahkan Najib bercuti guna duit RAKYAT

RM9 juta sewa pesawat khas bawa Najib bercuti
Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.


Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.


Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.


Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Datuk Seri Najib & Rosmah Mansor Bercuti di Perth Australia Menggunakan Duit Rakyat!!
najib rosmah Datuk Seri Najib & Rosmah Mansor Bercuti di Perth Australia Menggunakan Duit Rakyat!!
Susah sangatkah? Pemimpin yang telah dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan kekayaan dan khazanah negara dengan sebaiknya. Adakah sukar pemimpin menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat marhaen? Terbaru Datuk Seri Najib bercuti ke Autralia menggunakan duit anda semua, duit pembayar (wang rakyat). Apa dah jadi ni? 
Kami faham, jikalau tujuan ke luar negara untuk urusan rasmi negara. Tetapi, kalau nak pergi bercuti pun ke luar negara pun nak naik jet peribadi yang kosnya ditanggung oleh kerajaan (duit rakyat Malaysia), memang tidak patut. Isu besar dan sangat salah jika percutian itu dibayar oleh pembayar cukai.
Sekarang ini pesawat MAS bagi kelas perniagaan hanya memiliki sekitar 20 kerusi, selebihnya adalah kelas ekonomi. Jikalau pemimpin mahukan privasi sangat, boleh menempah keseluruhan kelas perniagaan. “Asalkan pakai duit sendiri” apabila melibatkan urusan persendirian.
Perdana Menteri dari sebuah negara maju seperti Britain pun boleh naik pesawat awam, dengan hanya menaiki kelas perniagaan sahaja. Tidak sedikit pun David Cameron (1st world leader) mengambil kesempatan dengan kedudukan yang beliau miliki sehingga sanggup menggunakan hak dan duit rakyat untuk menggunakan VIP Lounge pun.
najib rosmah2 Datuk Seri Najib & Rosmah Mansor Bercuti di Perth Australia Menggunakan Duit Rakyat!!
Camerons’s flight saves £200k
CASH-CONSCIOUS David Cameron flew out to meet President Barack Obama last night on a regular BA flight — astonishing other passengers. For the first time on a major official visit, the Premier turned down chartering his own plane to make the two-day trip to Washington DC. And he even spurned First Class tickets to travel in the far cheaper Business Class. The move saved £200,000 in costs, Downing Street officials said. Passengers were aghast when Mr Cameron and his team of officials boarded the plane to Dulles airport and took seats beside them.
Ikutlah contoh yang baik. Rakyat juga yang senang nanti. Kalau disemak semula kenyataan Datuk Seri Najib pada 3 Sepetember 2011 dari Berita Harian mengatakan beliau pergi ke Perth, Australia disebabkan lawatan :
Bercakap kepada BERNAMA hari ini, Najib berkata lawatannya ke Perth disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu, esok. Sumber : Berita Harian 
Walaubagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri mengatakan Datuk Seri Najib Razak pergi Perth, Australia pada Hari Merdeka, 31 Ogos  2011 untuk membuat rawatan fisiotheraphy melibatkan lutut beliau.
Sebelum itu, setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Razak, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad mengatakan Perdana Menteri sedang bercuti pada masa itu tanpa mendedahkan lokasinya di mana.
Dan…yang paling terbaru, jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai isu ini :
  • Kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bercuti di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.
  • Kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat
  • Kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara
  • Pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri
  • Kapal terbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburan kerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd.
Bukti berdasar rekod yang tertera di  laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu :
najib rosmah3 Datuk Seri Najib & Rosmah Mansor Bercuti di Perth Australia Menggunakan Duit Rakyat!!
Wed 31 August 2011: PERTH
9M-NAA Airbus A319-115CJ (cn 2949) operated by Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd for the Malaysian Government.
** FIRST VISIT **
The aircraft is shown on finals to runway 21 at Perth at 17:04, using callsign “NOVEMBER ROMEO 1″, arriving from Singapore-Changi. The aircraft stayed overnight.
The logo on the tail represents the Malaysian Government’s “1-Malaysia” Concept. This on-going programme was created by the Malaysian Prime Minister so that the Government and civil servants emphasise ethnic harmony, national unity, and efficient governance. The aircraft is shown on finals to runway 21 at Perth at 17:04, using callsign “NOVEMBER ROMEO 1″, arriving from Singapore-Changi. The aircraft stayed overnight.
Originally ordered for the Royal Malaysia Air Force. First flown on 29 Nov 2006 as D-AXVC, and delivered to the Malaysian Government (still as D-AXVC) on 12 Dec 2006. To 9M-NAA Malysian Government on 14 Aug 2007. Photos © Les Bushell
P/S : Pemimpin seperti Datuk Seri Najib bercuti senang-senang guna duit rakyat. Rakyat Malaysia dinasihatkan berjimat cermat & belanja ikut kemampuan sehingga adakalanya terpaksa “ikat perut”, pemimpin senang-lenang berbelanja penjimatan rakyat? Beritasemasa.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular