Wednesday, September 21, 2011

Artikel "Air Mani di Dubur Bertahan Sehingga 113 Jam"

Malaysia Kini yang dicap oleh blog pencacai sebagai anti-Melayu, anti-Islam sebelum ini menjadi popular dalam kalangan blog tersebut hari ini. Isi beritanya tentang ketahanan air mani disalin dan ditampal di blog-blog berkenaan. Popular! Ironinya, artikel semalam tidak pula menjadi pilihan. Mengapa? Sebab tajuknya lebih kurang begini: Tiada BUKTI DNA ‘Lelaki Y’ Hasil daripada Sel Sperma. Anda fikir mereka berani menyiarkan artikel tersebut? Ha ha ha ha.

Berbalik kepada artikel tadi, sebenarnya tajuk artikel MK ini sedikit mengelirukan. Menurut Dr Mcdonald seperti disoal balas oleh Pendakwa Raya:  

Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian dalam kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.

Dr. McDonald mmenegaskan bahawa air mani di rektum hanya boleh bertahan selama 65 jam berdasarkan artikel 1982 oleh Ellard.

Hal ini ditegaskan sekali lagi oleh peguam bela Sankara Nair di KD bahawa andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United  Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

“Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

“Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Perkara yang TIDAK SESEKALI MUNCUL di blog pencacai ialah calitan yang diambil dari rektum pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia. 56 + 43 = 99 jam.

Perkara lain yang TIDAK AKAN DIBAHASKAN oleh blog pencacai juga ialah sesuatu yang mustahil SEL SPERMA, saya ulang SEL SPERMA mampu bertahan selama 100 jam seperti yang cuba dipertahankan oleh pendakwa raya berdasarkan tiga jurnal luar negara. Hal itu dibantah oleh Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA.

Namun yang melucukan ialah gelagat pendakwa raya yang seperti "terdesak" mendesak Dr McDonald, pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai. Katanya, “Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.

“Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai,” kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam. - DCM

P/s: Perkara yang harus difikirkan oleh pendakwa raya ialah kecuaian dan salah laku polis dan ahli kimia semasa menganalisis bukti sehingga menyebabkan pencemaran dan kecatatan pada bahan bukti, yang harus dibimbangi pasukan pendakwa ialah dakwaan bahawa ahli kimia memberikan keterangan dengan mengatakan bahan bukti yang tercemar tadi  dapat memberikan keputusan analisis yang baik serta kegagalan mereka menganalisis sel DNA yang lain, selain sel DNA lelaki Y. Lagi menarik apabila Dr McDonald mendakwa tiada bukti sel DNA lelaki Y yang dikaitkan dengan DSAI diambil dari sel sperma! Saya kata "pendakwa perlu bimbang, difikirkan" bukanlah kerana pasukan pendakwa akan kalah (skrip tidak ditulis begitu) tetapi kes ini diperhatikan oleh orang luar yang mungkin kini sedang menggelakkan hujah pasukan pendakwa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular