Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri JPM telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.
Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau “melakukan beberapa pembentukan bendera mudah” apabila lagu kebangsaan “Negaraku” atau lagu "1Malaysia" yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil, pada waktu petang.
“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta ” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti.
Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari. “Jadi untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100 ” kata pegawai tersebut.
Pegawai tersebut menambah jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti.
Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.
Perkauman Juga Diutamakan
E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut. Apabila ditanya mengapa pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya.
Tawaran ganjaran tunai Putrajaya untuk menarik peserta menyertai sambutan Hari Merdeka sudah pasti akan menyebabkan kemarahan daripada Pakatan Rakyat apalagi di tengah-tengah kritikan meluas bahawa Barisan Nasional BN telah mempolitikkan sambutan hari kebangsaan.
Kabinet Najib telah memilih “55 tahun kemerdekaan Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN. Logo “Janji Ditepati” dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.
Sebagai tindak balas pakatan Rakyat PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri — “Sebangsa Senegara Sejiwa” — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini. SUMBER
Pemberian tunai kepada peserta bukti kegagalan 1Malaysia, kata Kit Siang
Penasihat DAP
Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatukan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, hari ini.
Penasihat DAP itu melabel tindakan ini dengan apa yang beliau istilahkan sebagai “menyewa hadirin” untuk dua acara ambang Merdeka dengan menyatakan ini adalah kebiasaan Barisan Nasional (BN), menggunakan wang agar majlis mereka dilihat ramai hadirin.
“Acara Hari Kebangsaan ini… sepatutnya berlaku secara spontan,” kata Lim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. “Apabila ia menjadi terlalu tiruan, ia kehilangan maknanya.”
Lim menambah, keperluan untuk membayar hadirin untuk datang ke acara tersebut adalah refleksi jelas percubaan perdana menteri untuk membangunkan negara bangsa gagal untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Menurut Lim, konsep 1Malaysia yang sering dipromosi seharusnya telah berjaya membawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bersama lebih-lebih lagi dalam sambutan Hari Merdeka — seharusnya membangkitkan semangat patriotisme mereka.
“Ini adalah refleksi menyedihkan kegagalan 1Malaysia untuk membawa rakyat Malaysia bersama menjadi satu, terutamanya dalam perayaan hari kebangsaan seperti ini,” katanya.
Kata Lim lagi, kerajaan BN menguruskan sambutan hari kebangsaan tahun ini dengan cara salah, menjadikan contoh kekecohan sebelum ini dalam penggunaan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka.
“Ia memecahbelahkan. Sepatutnya ia menyatukan, sebaliknya yang berlaku,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan pagi ini bahawa Putrajaya menawarkan wang tunai dan cenderahati kepada 1000 orang pelajar universiti untuk menyertai perayaan Hari Kebangsaan.
Dalam sebuah e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi yang dilihat oleh The Malaysian Insider semalam, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau “melakukan beberapa pembentukan bendera mudah” apabila lagu kebangsaan “Negaraku” atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.
“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti.
“Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”
Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.
“Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100,” kata pegawai tersebut.
Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.
Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu. E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.
Apabila ditanya mengapa, pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya.
“Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai bilangan orang Melayu yang mencukupi,” kata beliau.
Kabinet Najib telah memilih “55 tahun kemerdekaan, Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN.
Logo “Janji Ditepati” dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.
Sebagai tindak balas, pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri pada hari Rabu — “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini. MI
No comments:
Post a Comment