Tahniah kepada Ustaz Don dan pasangannye kerana telah selamat bernikah baru-baru ini. Mengekalkan konsep bersederhana, majlis pernikahan mereka telah dilangsungkan dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.
Difahamkan media, mereka akan melangsungkan majlis persandingan pada 1 September ini.
Detik manis Ustaz Don-Husna
PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24, kelmarin.
Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.
Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan di rumahnya hari ini sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
Hampir 2,500 tetamu dijangka hadir memeriahkan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan.
Don yang ditemui Sinar Harian mengakui alam perkahwinan yang dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.
Tidak sangka bermenantu pendakwah terkenal
Sementara itu bapa mertuanya, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir.
Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak menyangka anaknya itu akan berkahwin dengan Ustaz Don, seorang pendakwah terkenal.
“Walaupun Husna masih belum menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan, namun ahli keluarga saya sudah merestui kerana faham perubatan sememangnya bidang yang memerlukan tempoh yang lama.
“Pada Oktober ini Husna akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian tahun akhir,” katanya.
Bagi adik bongsu Ustaz Don, Don Asyraf, 24, hanya tersenyum manis ketika diajukan soalan tentang perkahwinan abangnya.
Katanya ringkas, dia berbangga kerana akhirnya ada wanita yang berjaya mendampingi abang sulungnya itu.
Sementara itu, salah seorang rakan terdekat kepada keluarga mertua Ustaz Don memberitahu dia sendiri tidak menyangka rakan rapatnya itu akan bermenantukan Ustaz Don. SH
No comments:
Post a Comment