Wednesday, August 22, 2012

Isu AIR : Najib sila ambik perhatian, jgn duk sibuk kat KELANTAN!!

1,500 PENDUDUK HADAPI MASALAH AIR BERSIH 
KOSONG..... Jumil menunjukkan paip graviti yang langsung tidak mengeluarkan air. 

Sudah sebulan berlalu, namun 500 penduduk di Kampung Keritan Ulu, Senangang di sini tidak mendapat bekalan air bersih yang mencukupi disebabkan musim kemarau berpanjangan yang melanda pada masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jumil Santah berkata ini disebabkan empangan utama yang berada di bahagian atas bukit tidak lagi sesuai dan perlu dipercepatkan pemindahannya ke Sungai Keritan yang berhampiran dengan kampung itu. “Penduduk kampung terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk mendapatkan bekalan air bersih di sebuah empangan buat masa ini,“ katanya semasa lawatan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau, Harry Otigil ke kampung itu baru-baru ini. 

Jumil berkata, sebilangan penduduk terpaksa ke pekan Keningau untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan makan dan minum. Selain itu, katanya, empangan berkenaan juga tidak selamat digunakan kerana berada di kawasan yang telah ditanami dengan kelapa sawit. “Apa yang membimbangkan seluruh warga kampung ialah berkemungkinan air itu telah tercemar dengan racun perosak yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk pada masa akan datang,” katanya. 

Jumil meminta kerajaan agar dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kampung itu terutama sekali di musim kemarau yang berpanjangan ini. 

Sementara itu, Kampung Bariawa Ulu di sini yang mempunyai penduduk lebih 1,000 orang bakal menyambut Aidilfitri tanpa bekalan air bersih yang mencukupi. 

Pengerusi JKKK, Masidin Yulot berkata punca mata air graviti yang sekian lama membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk di sini sudah mulai kering, tambahan pula terdapat beberapa saluran paip yang pecah. 

Selain meminta pihak berkuasa membantu penduduk menyelesaikan masalah itu, beliau turut meminta agar kerajaan segera meluluskan segala permohonan yang telah dibuat berkaitan dengan masalah itu. 

Dalam pada itu, Harry menggesa kepada pihak berwajib agar segera menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung kerana keperluan air bersih amat penting bagi setiap penduduk kampung terutama menjelangnya sambutan Hari Raya ini. (UB) - Oleh : JOHAN AZIZ. KENINGAU 

~ BN HANYA MAHU KUASA ~ 
 Janji di tepati,rakyat di dahulukan,pencapaian di UTAMAKAN. Terima kasih kerana mengambil Minyak Sabah untuk memajukan Malaya. 
 Keluarga Daif guna lilin, air dari Kuburan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular