Thursday, August 23, 2012

Nik Aziz 'berehat' di wad HUSM

[setiausaha akhbar] Memandangkan spekulasi yang tersebar begitu meluas berkaitan kesihatan YAB Tuan Guru, suka pihak kami memaklumkan secara rasmi bahawa YAB Tuan Guru hanya berehat di wad HUSM Kubang Kerian atas nasihat doktor semasa beliau mendapatkan rawatan rutin awal pagi ini.

Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi. 

Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini. Sekian, pohon doa semua pihak agar beliau diberikan kesihatan yang berpanjangan, Insya Allah. 
Nik Aziz 'berehat' di wad HUSM
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian atas nasihat doktor. 

Satu kenyataan oleh setiausaha akhbarnya di Facebook menyebut, Nik Abdul Aziz, 81, dinasihatkan doktor supaya supaya berehat di wad tersebut semasa menerima rawatan rutin pagi ini. 

"Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi. 

"Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini," kenyataan itu dipetik. 

Nik Abdul Aziz kali terakhir dilaporkan menerima rawatan di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu pada bulan April lalu setelah mengadu sakit dada. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular