Saturday, August 25, 2012

YES BN Syaitan!!! - Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN +Video

NONE
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya. 



Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini. 


Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang. Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya. 



Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan. "Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan. 



Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu. 



Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. Mk

Artikel Berkaitan : MACAM ORANG GILA : Akhirnya Madey mengaku "UMNO itu SYAITAN" !!!!! +Video
Pakatan Rakyat Sebenarnya “Malaikat Yang Diketahui” 
Prestasi Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri dengan baik membuktikan yang ianya layak diberi mandat memerintah negara. Dalam menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin Pakatan dari Pas, DAP dan PKR berkata prestasi dan pencapaian Pakatan sudah diketahui manakala keburukan Umno-BN juga disedari umum. 

Kata mereka, Dr Mahathir secara tidak langsung mengakui bahawa pentadbiran Umno-BN penuh dengan kejahatan manakala Pakatan dilihat sebagai penyelamat kepada kepincangan Umno-BN. Mereka juga berkata melalui pentabirannya di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, Pakatan sudah membuktikan yang ia mengamal dasar dan pendekatan yang lain dari Umno-BN di mana pembangkang dan rakyat diberikan hak bersuara. 

MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya, Ahli Parlimen dan Adun Umno-BN tetap diberikan peluang menyuarakan pendapat mereka demi kebaikan rakyat. “Selangor yang ditadbir Pakatan sebagai contoh, memberikan peluang kepada setiap Adun Umno-BN memberikan pendapat dan pandangan mereka di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“Mereka juga diberikan peluang menganggotai jawatankuasa khas DUN seperti Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (SELCAT) serta berpeluang menjadi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika dihubungi TVSelangor. 

Di dalam satu kenyataan di blognya chedet.com Dr Mahathir menyeru rakyat Malaysia agar tidak memberi “mandat percubaan” kepada Pakatan walaupun untuk memerintah pada satu penggal. Dr Mahathir juga berkata jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, ia akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya dengan apa cara sekalipun. 

Dalam kenyataannya, Mahathir berkata : “Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali.” 

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad berkata Pakatan tidak akan menjadi seperti Umno-BN jika mentadbir Putrajaya kelak. “Pakatan mempunyai dasar menerusi Buku Jingga, ianya adalah untuk kepentingan rakyat. 

“Umno-BN juga diberikan ruang di media massa untuk memberikan pandangan berkaitan dengan rakyat,” katanya yang juga MP Shah Alam. Manakala Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan ketakutan Umno-BN dengan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum akan datang. 

“Kenyataan yang dibuat Mahathir mencerminkan Umno-BN kini semakin takut kehilangan kuasa dan kekayaan. “Malah mereka takut kegiatan pembongkaran salah guna kuasa akan diketahui rakyat,” kata MP Batu itu yang juga dikenali sebagai Tian Chua. Selangorkini
ULASAN : Mahathir Di dalam Kesesatan Yang Nyata - Tiada Ulamak UMNO Berani Membetulkan.. 

1) Kenyetaaan Mahathir di atas mengesahkan bahawa memang banyak syaitan yang ada di dalam UMNO BN. Kehadiran mereka adalah dengan restu beliau sendiri. Dan syaitan-syaitan itu bergelandangan di dalam UMNO BN setidak-tidaknya semenjak Mahathir menjadi Presiden UMNO. 

Bukti nyata di dalam UMNO kini banyak berperangai syaitan - samseng, pemfitnah, perasuah, pengebas, penipu malah pembunuh pun ada di dalam UMNO. Tengok sahaja perangai pencacai-pencacai UMNO... tulisan mereka penuh carut dan gambar lucah. Dengar khabar peminum arak pun ramai dari kalangan blogger UMNO... Itu semua ciri-ciri syaitaniah. 

2) Mahathir mengakui bahawa Pakatan Rakyat adalah malaikat. 

 
3) Mahathir adalah termasuk di dalam golongan yang boleh diragukan keimanannya kerana menyatakan bahawa "malaikat juga boleh buat banyak perkara salah". Sedang umat Islam diwajibkan "percaya kepada malaikat" sebagai salah satu rukun Iman. 

Malaikat adalah golongan yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan patuh kepada perintah Allah. Malaikat dibuat dari cahaya atau nur sedangkan syaitan berasal dari api atau nar. Malaikat terpelihara dari melakukan kesilapan. 

4) Jika PAS dituduh sebagai Parti Ajaran Setan, kini tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh, rupanya UMNO BN yang diasuh syaitan selama ini. 

5) Jelas Mahathir di dalam kesesatan yang nyata tapi tiada ulamak UMNO yang berani bangun untuk menegur dan membetulkannya. Nabi menggelarkan ulamak ini sebagai Ulamak Ussu'

6) Jangkaan GB sebelum ini bahawa Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun semakin menjadi kenyataan. GREENBOC

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular