Wednesday, August 3, 2011

Tahi yang dilontar jatuh ke muka sendiri..


ZAHRAIN GANTI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ?

NAMPAKNYA Zahrain katak sudah tertekan apabila segala perancangan beliau untuk memburukkan imej DS Anwar khususnya, dan PKR amnya semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Langkah Zahrain mudah dibaca kerana semua orang tahu punca mengapa Zahrain menjadi `katak' dan mengapa beliau terlalu berdendam dengan Anwar.

Apabila Zahrain katak ini membuka cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada berbincang dengan Ku Li untuk melantik Ku Li sebagai pengganti Anwar jika Ketua Pembangkang ini dipenjarakan, cerita yang dibawa oleh Zahrain katak ini langsung tiada nilai berita kerana Tuan Guru Nik Aziz telah menjawabnya secara terbuka dan dipetik oleh akhbar Sinar sebagai `Lawak Jenaka'. Sememangnya Zahrain katak suka membuat lawak bodoh dan lawaknya hanya laku di Utusan Meloya dan TV 3 suku sahaja.

Semalam, Zahrain katak buat sambungan lawak jenakanya lagi. Beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz buat kenyataan terbuka tentang isu tersebut. Baca di sini. Apakah Zahrain katak buta tidak membaca apa yang tersiar oleh akhbar? Jika Zahrain katak cuma `beriman' dengan Utusan Meloya, memanglah beliau tidak akan tahu sampai kiamat. Akhbar Sinar telah pun memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berkaitan isu tersebut dan kenyataan itu sudah pun dikira terbuka. Mahu terbuka bagaimana lagi, wahai zahrain katak?

Amat jelas, Zahrain katak merasa tertekan sekarang kerana segala tipu daya beliau mudah dapat dihidu dan paling memalukan ianya menjadi bahan lawak jenaka. Kita tunggu apakah lawak jenakanya selepas ini. Jangan terperanjat jika Zahrain katak akan mendakwa Anwar mahu Zahrain katak sendiri menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang. Ha ! Ha ! Ha ! /wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular