Rosmah lebih menonjol dari Najib - Penganalisis Politik
SATU perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak lebih menonjol berbanding dirinya sendiri.
Jika kita lihat, di kaca-kaca televisyen dan media-media arus perdana umumnya, seolah-olah Rosmah Mansorlah yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Hal ini turut dipersetujui oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling. Beliau berkata orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri [FMT].
Inilah perkara pelik tetapi benar yang sedang berlaku di dalam Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Timbalan Perdana Menteri dilihat kini bagaikan tunggul kayu.
Rosmah Mansor akan menggantikan Najib untuk menghadiri majlis-majlis rasmi yang tidak dapat dihadirinya. Sepatutnya tugas ini digalas oleh timbalan perdana menteri.
Lihat sendiri maksud tersurat di dalam gambar di bawah ini, siapakah Perdana Menteri? Najib atau Rosmah?
Bandingkan pula dengan gambar di bawah ini. Lihat mesej jelas yang tersurat disampaikan atara kedua-dua gambar.
Barangkali selepas ini Ketua Polis Negara boleh mewakilkan isterinya untuk menangkap penjenayah.
No comments:
Post a Comment