Monday, August 1, 2011

Panas !!! MIC ugut keluar BN

MIC bantah keahlian penuh parti serpihan dalam BN
Parti politik berasaskan kaum India di negara ini boleh menyertai BN sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja dan tidak sebagai parti komponen, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

Katanya parti serpihan kaum India yang mesra BN boleh menjadi
ahli gabungan atau bersekutu dan MIC tidak akan membantah.

"Tetapi sebagai parti utama mewakili masyarakat India,
kami tidak benarkan keahlian penuh dalam BN dan sekiranya berlaku, kami akan keluar," katanya pada sidang media selepas menutup perhimpunan agung MIC ke-65 di Putraja hari ini.

Katanya MIC selama ini menjadi parti politik terbesar mewakili masyarakat India dalam BN dan ia tidak akan membenarkan sebarang parti serpihan kaum India diberikan peranan atau hak yang sama.

Bagaimanapun, katanya partinya menjemput parti serpihan tersebut menyertai MIC dan menjelaskan ada sebilangan daripada mereka memberi reaksi positif.

Beliau enggan mendedahkan parti-parti yang telah memberi respons positif terhadap pendekatan parti itu mempelawa parti berkenaan menyertai MIC.

Antara parti politik berasaskan kaum India ialah
Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Malaysia Makkal Sakti (MMS) dan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menjadi ahli bersekutu Umno sejak 27 Ogos 2010.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Palanivel berkata adalah penting bagi ahli parti itu berdaftar sebagai pemilih dan telah menyasarkan kesemua 600,000 ahli parti itu menjadi ppengundi berdaftar.

"Ketika ini, hanya 390,000 ahli mendaftar sebagai pemilih dan saya yakin menjelang Disember ini, kami mampu mendapatkan mereka yang belum berdaftar supaya mendaftar sebagai pemilih," katanya.

Katanya beliau mahu menjadikan MIC sebagai blok undi yang mantap. MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular