UMNO berkeyakinan untuk menang berdasarkan kepada pilihanraya olok-oloknya yang mendapati BN sedang mendapat pertambahan sokongan.
Saya telah diminta untuk membuat komen terhadap keputusan pilihanraya olok-olok itu oleh beberapa kawan-kawan dari UMNO. Komen saya senang sahaja.
Bagi saya jika pilihanraya itu di adakan secara olok-olok maka keputusannya juga adalah olok-olok, bukannya betul. Kanak-kanak kecil yang main masak-masak olok-olok itu, masakannya tidak boleh di makan kerana barang yang di masak itu adalah barangan yang olok-olok.
Begitu juga kanak-kanak yang bermain kahwin olok-olok perkahwinan itu bukannya sah kerana mereka berkawin olok-olok. Jadi apa sahaja yang diolok-olokan itu tidak akan membuahkan perkara yang benar selain dari olok-olok.
Bagi saya UMNO patut serius dan jangan main olok-olok. Buat pilihanraya yang sebenarnya kerana waktu untuk mengadakan pilihanraya sebenarnya sudah hampir sampai waktunya. Jika kita adakan pilihanraya yang sebenarnya barulah keputusan yang keluar itu satu keputusan yang betul dan sebenarnya walau pun mungkin ada ‘intrigue-intrigue’ yang dilakukan oleh parti yang berkuasa untuk menyambung mandat untuk mentadbir negara.
Jika kita hanya mengadakan pilihanraya olok-olok yang mengundi itu pun akan memberikan undi yang olok-olok dan bukannya sokongan yang betul-betul sokongan. Biarlah apa pun keputusan dari pilihanraya olok-olok itu kita tidak boleh begitu yakin dengan keputusannya kerana ia hanyalah keputusan olok-olok sahaja.
Masalahnya kita tidak sedar yang sejak akhir-akhir ini sokongan rakyat yang dikatakan bertambah itu rupa-rupanya adalah sokongan yang olok-olok sahaja. Patut pun pimpinan kita begitu berkeyakinan akan mendapat kemenangan besar. Ahmad Zahid Hamidi telah pun menyatakan dengan bangganya yang BN akan memang besar dalm pilihanraya yang akan datang. Rupa-rupanya mereka menyandarkan pandangan mereka kepada keputusan olok-olok tadi.
Kalau begitu elok adakan pilihanraya secepat yang mungkin. Keputusan yang menunjukan kemenangan melalui pilihanraya olok-olok itu di harapkan akan menjadi kenyataan. Tetapi saya merasa gusar juga kerana mungkin kali ini pengundi akan benar-benar mengolok-olokan UMNO dan BN.
Itu sahaja komen ringkas dari saya tentang pilihanraya olok-olok itu. - Aspan Alias
No comments:
Post a Comment