Monday, August 1, 2011

"Hantu" berkeliaran di Kota Raja


Kota Raja kenalpasti lebih pengundi 'import'

PAS mengenalpasti
lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mereka pada awalnya menemui
1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.

Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk
memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan
7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini
merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS. -mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular