Friday, August 5, 2011

kenapa tak kata malaikat cabut nyawa kan senang..

Sarbaini tidak dibunuh dan bunuh diri..kes Teoh Beng Hock pun ayat yang sama..kenapa tak kata malaikat cabut nyawa kan senang..


Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur dibunuh atau membunuh diri sebaliknya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pegawai penyiasat kes Ahmad Sarbaini, Asisten Superintendan Zuhairi Mohamed, berkata beliau percaya punca kematian Ahmad Sarbaini disebabkan beliau terjatuh dari tempat tinggi.


Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keterangan 57 saksi, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, kastam, pakar patologi, pegawai forensik, ahli kimia, anggota polis, anggota keluarga dan rakan Allahyarham.


Zuhairi, 46, yang bertugas di Bahagian Siasatan Perundangan dari Ibu pejabat Polis Daerah Cheras menyatakan demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.


Zuhairi berkata, sampel cat yang ditemui pada seluar mangsa juga berpadanan dengan dinding tingkap di bilik pantri, aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, yang dipercayai mangsa terjatuh.


"Ada sebab dan akibat kenapa mangsa (Ahmad Sarbaini) keluar dari tingkap bilik pantri berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat jawapan dan tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang nampak mangsa berbuat demikian," katanya.


Menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM mengenai sama ada Zuhairi berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukannya, pegawai polis itu berkata: "Pada saya siasatan yang dilakukan hanya 90 peratus lengkap kerana saya masih tidak mengetahui kenapa Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap itu.


Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.


Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.


Zuhairi, saksi ke-34 inkues berkata kematian Ahmad Sarbaini tidak boleh dikaitkan dengan membunuh diri kerana tidak ditemui nota bunuh diri atau kecederaan oleh pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa yang membuktikannya berbuat demikian.


Beliau juga menafikan terdapat unsur jenayah dilakukan terhadap Ahmad Sarbaini kerana dalam bedah siasat yang dijalankan oleh patologi tidak ditemui kecederaan akibat dipukul atau kesan mempertahankan diri.


Sementara itu, Zuhairi turut mengesahkan isteri Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap ada membuat laporan polis kedua berhubung artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk "Ahmad Sarbaini''s Death: The Lies and Deception by the MACC (Part 7), dalam blog Malaysia Today, pada 20 Julai lalu.


Dalam laporan itu, Masiah mendakwa pegawai SPRM bertanggungjawab atas kematian suaminya selepas beliau membaca artikel berkenaan dan yakin suaminya tidak membunuh diri tetapi wujud "foul play" dalam siasatan polis.


Ketika disoal Muhammad Shafee adakah dalam penyiasatan yang dilakukan terdapat keterangan daripada mana-mana saksi yang menyokong "cause of death" seperti yang dinyatakan oleh RPK dalam artikel itu?


Zuhairi berkata: "Saya tidak tahu bagaimana RPK boleh mendapat cerita mengenai sebab kematian Ahmad Sarbaini kerana tiada keterangan sedemikian dan saya berpendapat ini adalah andaiannya sendiri".


Terdahulu, Ahli Kimia Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menemui DNA yang berpadanan dengan DNA yang ditemui pada pakaian Ahmad Sarbaini pada lima orang pegawai SPRM iaitu Abdul Ghani Ali, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, Henrita Serai Anak Andrew Lenggie, Kamal Awang Besar dan Khalid Amir Meruphy Abdullah Stanley Meruphy Samuel.


Dr Seah, 53, saksi ke-33 inkues berkata, analisis terhadap barang kes termasuk dua helai stokin, seluar, baju dan belakang tapak tangan si mati (Ahmad Sarbaini) hanya menemui dua kesan DNA daripada dua orang asing yang tidak dikenali.


"Kemungkinan dua DNA berkenaan adalah milik ahli kimia yang menjalankan analisis atau patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid.


Bagaimanapun Dr Seah memberitahu mahkamah beliau ada menerima sampel DNA daripada ASP Zuhairi dan hasil analisis yang dijalankan mendapati dua DNA berkenaan sepadan dengan DNA yang ditemui pada si mati.


"Dua DNA itu adalah milik Soo Chew Kheong yang dibedah pada 5 April lalu dan Lum Chee Weng yang dibedah pada 6 April lalu. Perkara ini berlaku berikutan mangsa (Ahmad Sarbaini) dibedah di atas meja yang sama digunakan oleh kedua-dua mayat itu menyebabkan DNA Soo dan Lum melekat pada badan Ahmad Sarbaini," katanya.


Perbicaraan dijalankan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani. - BERNAMA


Sharpshooter - Di atas mahkamah dunia ni macamana pun bolehlah hangpa jawab..


Takziah kepada keluarga Allahyarham .. Semoga tabah hadapi ujian hidup ini.. Apatah lagi di bulan Ramadhan dan akan menyambut hari raya tanpa orang tersayang.. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman.. Al-Fatihah.. 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


sharpshooter

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular