Saturday, August 6, 2011

Produk Simply Siti Guna Bulu BABI?

Jika was-was, anda faham maksudnya...bukan?
Blog yang menyiarkan dokumen/pekeliling ini ialah Sayuza, sebelum disalin tampal di blog-blog yang lain. Pekeliling bertarikh Julai 2011 itu yang dikatakan dari Majlis Agama Pahang mendakwa beberapa produk termasuk produk Simply Siti mempunyai kaitan dengan BABI. Berdasarkan lampiran pekeliling ini, berus produk Simply Siti dikatakan menggunakan bulu BABI.

Persoalannya, adakah pekeliling di atas tulen? Jika tulen, maka sila ambil perhatian dan tindakan.


Beberapa blog menyiarkan kenyataan dan mesej Twitter Hajah Siti tentang isu ini. Mesej Twitter itu seperti di bawah ini:
Siti juga dikatakan mengeluarkan kenyataan:


"Produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim."


P/s: Kenyataan semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk menjawab isu ini. Syarikat Hajah Siti ini perlu mengeluarkan sijil halal daripada Jakim berkaitan dengan produk yang menjadi persoalan. Selagi pihak syarikat tidak mengeluarkan sijil berkenaan, maka hal ini akan menimbulkan rasa was-was dalam kalangan pengguna. Jika was-was, anda faham maksudnya...bukan? - Tayadih Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular