Duit Raya RM42.6 Juta Untuk Peneroka FELDA
RM42.6 juta diperuntukkan FELDA bagi tujuan itu sempena Aidilfitri tahun ini.
Ia sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap pembangunan FELDA selain membantu belanja persiapan hari lebaran.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan media.
Penerimanya -- peneroka bersama FELDA dan peneroka tidak bersama FELDA.
RM400 untuk setiap peneroka FELDA dan RM200 untuk yang tidak bersama FELDA.
Keseluruhannya, peneroka FELDA seramai 100,357 orang atau 89.1% dan peneroka tidak bersama FELDA -- 12,278 orang atau 10.9%.
Kaedah pemberian duit raya itu sama seperti tahun lalu.
Serahan akan dibuat kepada semua peneroka pada minggu kedua Ramadan dan diberi di peringkat rancangan FELDA seluruh negara.
Perdana Menteri berharap, pemberian duit raya itu dapat meringankan beban kewangan para peneroka.- TV3
No comments:
Post a Comment