Thursday, April 3, 2014

Pakar beri 6 punca Kehilangan Pesawat MH370 ?

MISSINGMH370 Pakar beri enam punca jelas kehilangan MH370, lapor akhbar.
Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.

Dalam satu majlis anjuran Royal Aeronautical Society (RAeS), pakar terdiri daripada juruterbang, syarikat penerbangan, pengilang dan pengawal selia bertemu di London dan mengemukakan analisis berdasarkan teori berikut - hilang tekanan rendah dalam kabin, asap toksik, kebakaran, rampasan, juruterbang membunuh diri atau kegagalan simulator.

1. Tekanan rendah dalam pesawat tetapi masih meneruskan penerbangan
Apabila berlaku tekanan rendah, pesawat akan terbang secara automatik sehingga kehabisan minyak.

Perkara ini menjelaskan perubahan awal dalam altitud dan laluan pesawat serta terputus komunikasi. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat tersebut dipadamkan, lapor Sky News.

Untuk memadamkan kedua-dua isyarat ini, hanya seseorang yang mahir dalam penerbangan sahaja tahu mematikannya.

Kesan ke atas penumpang akan berbeza-beza bergantung kepada ketinggian. Jika pesawat itu di atas 35,000 kaki, ia akan mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang tidak sedarkan diri.

Topeng oksigen sepatutnya turun secara automatik yang boleh bertahan selama 15 minit.

Anak kapal boleh menggunakan topeng oksigen paling lama, bergantung sama ada mereka menggunakan oksigen tulen atau oksigen campuran.

KESIMPULAN: Ia mungkin.

2. Pesawat itu tercemar dengan asap toksik
Juruterbang sepatutnya mampu menghantar panggilan kecemasan dan, sekali lagi, ia tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dimatikan, lapor Sky News.

KESIMPULAN: Sukar berlaku.

3. Berlaku kebakaran papan litar yang menyebabkan kerosakan sistem komunikasi
Ia mungkin menjelaskan kekurangan komunikasi dengan pesawat, tetapi tidak mungkin pesawat masih terus terbang semasa api terus membakar, lapor Sky News.

Sistem komunikasi pesawat boleh juga dimatikan jika kuasa gagal berfungsi atau disebabkan oleh sabotaj.

Terlanggar burung boleh berlaku, tetapi tidak mungkin menyebabkan kerosakan sedemikian teruk.

KESIMPULAN: Sukar berlaku.

4. Pesawat dirampas
Pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain, mahupun digunakan sebagai senjata untuk serangan pengganas berani mati.

Jika berpunca daripada rampasan berseorangan, tidak ada seorang atau motif dijumpai dan jika ia dilakukan oleh mana-mana kumpulan, sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, lapor Sky News.

KESIMPULAN: Ia mungkin.

5. Pesawat sengaja dilencongkan oleh juruterbang atau pembantunya
Punca ini belum dikenal pasti. Jika ia percubaan membunuh diri mengapa pesawat terus terbang untuk tempoh yang lama?

Satu persoalan lagi,mengapa tidak ada panggilan telefon atau teks daripada penumpang atau anak kapal, memandangkan Peta bergerak IFE menunjukkan pesawat terkeluar daripada landasan.

Satu penjelasan lagi, sistem IFE juga mungkin dipadamkan, lapor Sky News.

Kedua, penumpang tertidur atau tidak sedar perkara buruk berlaku sehingga terlambat untuk melakukan sesuatu.

Penjelasan ketiga, penumpang dan anak kapal mengalami hipoksia sehingga lali, ia mungkin disebabkan tekanan rendah dalam kabin.

KESIMPULAN: Ia mungkin.

6. Kegagalan secara serentak
Seorang pakar teknikal menegaskan bagi setiap senario yang kemungkinan berlaku, terdapat sekurang-kurangnya satu kenyataan bercanggah, lapor Sky News.

"Jika ia adalah hipoksia, siapa yang lencongkan pesawat?" soal beliau.

"Jika ia terbakar, mengapa ia terus terbang? Jika ia berpunca daripada juruterbang, mengapa anak kapal tidak campur tangan?"

Beliau mencadangkan, mungkin lebih daripada satu senario berlaku pada masa yang sama - seperti api pendawaian dan tekanan rendah.

KESIMPULAN KESELURUHAN: Sehingga lebih banyak bukti ditemui, tiada apa yang boleh dibuktikan. - 2 April, 2014.

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular