Sunday, March 10, 2013

Kantoi maksima... Komander MORO yang menjadi lead pencerobohan Lahad Datu rupanya warga sendiri..


Kantoi maksima... Komander MORO yang menjadi lead pencerobohan Lahad Datu rupanya warga sendiri.. siapa yg kemaruk panggil Sulu untuk masuk Sabah kemudian di beri IC?

Mengapa mereka di berikan IC dan layan menjadi pengundi?

Semua jawapan ni DALANGNYA ialah.. UMNO BN... muktamad!!!!

TERHOT ! GAMBAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU , SABAH ..??? TERSEBAR
Penduduk Kundasang di Harap membantu dalam siasatan..

Soalan ini telah tersebar sejak 25/02/2013..

ADAKAH BENAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU ?
Sedangkan Kiram telah menghuru-harakan Sabah ?
Ternyata Jika Keluarga KIRAM berada di SABAH sudah tentu Maklumat lebih mudah di Salurkan kepada keluarganya di Sulu..

Kenyataan penceroboh 25/02/2013

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan,” tambahnya.

SUMBER BERITA SINI

Gambar Rumah Kiram masih belum disahkan oleh mana-mana pihak lagi...tapi akhbar hari ini mengesahkan beliau memang tinggal di Sabah dan beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.

AZIMUDDIE @ RAJA MUDA AGBIMUDDIN KIRAM

Keluarga Dakwa Agbimuddin Kiram Masih Hidup -Mstar

Agbimuddin Kiram

Lahad Datu: Polis Letak Azzimudie Dalam Senarai Paling Dikehendaki

9hb.Mac 2013

LAHAD DATU: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis.

Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.

Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia.

Mereka berkata polis mula mencari Azzimudie apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna.

Selain Azzimudie, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan.

Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian.

"Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.- Mstar

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular