Friday, March 16, 2012

Pindah Pengundi - Jelas SPR membiarkan mereka diperkuda Umno BN

Pindah Pengundi - SPR Langgar Undang-Undang
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata tindakan memindahkan kawasan mengundi tanpa permohonan pengundi adalah menyalahi undang-undang.

 

Menurutnya, keputusan mesyuarat PSC di Pulau Pinang baru-baru ini sendiri menetapkan pemindahan kawasan mengundi tanpa permohonan dari pengundi sendiri adalah menyalahi undang-undang.

"Pengarah SPR, Wan Ahmad perlu beri jawapan munasabah berkenaan isu ini, kalau tidak, lebih baik beliau letak jawatan," kata Fuziah dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi ini.

"Kita menjangkakan beliau akan memberi alasan sempadan daerah mengundi diselaraskan dengan sempadan pentadbiran, seperti diberikan kepada Jawatankuasa Pembaikan Pilihanraya (PSC) sebelum ini.

"Tidak pernah wujud peraturan sempadan daerah mengundi dan sempadan pentadbiran perlu sama. Ini tidak dapat menjustifikasikan perbuatan SPR," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Menurut Akta Pilihanraya 1958, Urusan Belah Bahagi Daerah Mengundi membenarkan SPR untuk memindah kawasan mengundi dengan syarat ia tidak melampaui sempadan pilihanraya DUN dan Parlimen.

"Jelas SPR membiarkan mereka diperkuda Umno BN dalam membantu mereka dalam pilihanraya akan datang," kata Fuziah lagi.

Sebelum ini juga, KEADILAN mendedahkan lebih 100,000 nama dikeluarkan dari daftar pengundi penuh, manakala 6000 nama dimasukkan, tanpa sebarang makluman kepada pengundi.

Sidang media ini turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Lee Hoy Sian.

Lee berkata, beliau dimaklumkan penduduk kawasan beliau bahawa borang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diterima, menunjukkan kawasan mengundi mereka dipindah ke Parlimen Kelana Jaya dan Dun Seri Setia.

"Menteri Kewangan pasti mendapat maklumat itu dari SPR. Namun, apabila kita periksa sendiri di laman web SPR, kawasan mengundi masih lagi kekal di Petaling Jaya Selatan.

"Mereka bimbang sekiranya dengan menerima wang RM500 BR1M, kawasan mengundi mereka akan dipindah," jelas Lee sambil mengagihkan salinan surat itu kepada pihak media.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/pindah-pengundi-jelas-spr-membiarkan.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular