Thursday, March 15, 2012

HASIL PASIR NEGERI SELANGOR BUAT PEMIMPIN UMNO TELAN AIR LIUR... KAH KAH KAH !!!.

WAJAR BELIAU DIGELAR RAJA PASIR
 
Diucapkan setinggi taniah buat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan kerana telah menjadikan Pasir sebagai hasil Negeri Selangor yang menarik minat Pemimpin Umno serta Penyokong Terpilih merangkap Pencacai Umno Tegar yang rata-ratanya orang melayu... hinggakan terlupa pepatah melayu yang tak suka didengar iaitu "mencampakkan pasir kedalam periuk nasi" kah kah kah !.

NASIB PASIR DIHARGAI UMPAMA LEMBU NFC

Kalau sebelum ini pasir hanya hasil sampingan yang tak diketahui berapa sebenar sumbanganya untuk pendapatan Negeri Selangor... namun selepas empat tahun Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri hasil Pasir cukup memberangsangkan... hingga membuat Pemimpin Umno Selangor serta Penyokong merangkap Pencaci Umno Tegar terliur dan termimpi-mimpi dengan hasil yang begitu banyak... kah kah kah !.
 
MACAM MANA AIR LIUR UMNO TAK MELELEH

Walaupun Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)... namun Pemimpin Umno Selangor tetap mendakwa ia gagal menyelesaikan masalah kerana tiada tindakan diambil selepas sesi pendengaran awam selesai.

ANGGOTA SELCAT

Dalam perkembangan terbaru Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Jamal menyatakan sudah tiba masanya Kerajaan Negeri jujur dengan rakyat khususnya di Selangor dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SIC)... untuk menyiasat isu penyelewengan pasir di Negeri Selangor... mungkin yang tak sejujur semasa Umno/Bn menerajui Negeri Selangor dengan Pemimpinnya jujur-jujur belaka... kah kah kah !.

Menurut beliau "jika Kerajaan Negeri jujur... mereka patut setuju dengan kita supaya tubuhkan SIC untuk siasat semua perkara yang menjadi tanda tanya rakyat supaya masyarakat tidak berasa tertipu... sehingga hari ini SELCAT tidak cukup telus dan mereka hanya jawab masih dalam siasatan... sedangkan isu pasir itu sudah tiga tahun" katanya kepada Sinar Harian.

BADAN YANG DITUBUHKAN UMNO/BN

Pada dasarnya aku bersetuju dengan saranan Pemimpin Umno Selangor ni... namun begitu seharus nya Pemimpin-Pemimpin Umno Selangor terlebih dahulu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kalau benar mereka mempunyai bukti kukuh dalam Isu Pasir... dan bukan hanya melaungkan mereka ada bukti atas dasar mencari nafas yang tinggal nyawa-nyawa ikan... kah kah kah !.

Sebagai Pengundi di Negeri Selangor... aku juga mahukan sebuah Kerajaan Negeri yang Amanah, Jujur dan Telus... dan semesti aku tak mahukan sebuah Kerajaan Negeri yang semacam Umno/Bn yang selama hampir 50tahun menerajui Kerajaan Negeri Selangor berulang... yang mana ianya penuh dengan Kesalahan Guna Kuasa umpama Negeri Selangor Pusaka Bapak Inggeris Penjajah Umno yang punya... kah kah kah !

KAU ORANG NILAILAH SENDIRI

Untuk itu Pemimpin Pakatan Rakyat yang menerajui Negeri Selangor harus sedar... yang kuasa diamanahkan rakyat tidak dipersiakan dengan penyelewengan... dan nasib anda Pemimpin Pakatan Rakyat akan sama Terkubur seperti Pemimpin Umno/Bn jikalau budaya Penyelewengan dijadikan amalan seperti Pemimpin Umno menjadikanya amalan.

hemmmmm..... buat pemimpin-pemimpin umno... rakyat selangor dah serik ditipu oleh kamu... kamu hanya sekarang hanya layak menjadi pembangkang... oleh itu gunakan lah kuasa membangkang itu dengan sebaik-baik nya... sebab ditakuti suatu masa nanti jadi pembangkang pun umno tak ujud dinegeri selangor... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... A B U.


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/hasil-pasir-negeri-selangor-buat.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular