Monday, March 12, 2012

Shahrizat cuba perdaya rakyat


PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).


NONENaib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.

“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya semalam, Surendran juga mempertikaikan tindakan Shahrizat yang mahu terus berpaut pada jawatan ketua Wanita Umno.

Katanya, tindakan itu membuktikan Umno tidak ada keazaman politik, kecenderungan atau kuasa moral untuk bertindak terhadap pemimpin yang didakwanya mempunyai salah laku.

Surendran sebaliknya berkata, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu patut berundur serta merta.

Selepas kontoversi panjang NFC, Shahrizats semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). Beliau bagaimanapun berkata akan kekal sebagai ketua Wanita Umno kerana pergerakan itu sudah dianggap seperti keluarga.

shamsul iskandar pkr youth p balasubramaniam sd report 100708AMK: Pengunduran iyakan skandal
Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) dalam kenyataannya berkata, pengunduran Shahrizat mengiyakan siri pendedahan PKR mengenai skandal NFC yang didakwa gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

“Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.”

AMK juga menegaskan, apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia bukan noktah kepada pendedahan yang akan terus dibuat. Mk

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/shahrizat-cuba-perdaya-rakyat.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular