Thursday, March 15, 2012

Samseng UMNO...Lebih Berkuasa Dari Polis?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil tindakan terhadap samseng Umno yang didalangi pemimpin Umno Tanjung Karang memukul beliau dua tahun lalu. Dua tahun lalu Ng mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli dan pemimpin Umno Tanjung Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.

Menurut Suee Lim, sepatutnya kes tersebut dapat diselesaikan dengan cepat kerana pihak polis turut dibekalkan bukti bergambar dan nama-nama mereka yang terlibat dalam keganasan tersebut.

“Dah dua tahun saya buat laporan kes itu tetapi sampai sekarang pihak polis masih tak dapat selesaikannya.

“Sedangkan gambar berserta nama-nama orang terlibat ada diserahkan sama dan orang-orang itu juga mudah ditemui.

“Terutama Setiausaha Politik Datuk Seri Noh Omar, Datuk Shafiie Asmawi memang jelas dia turut bersama ahli-ahli Umno yang memukul saya,” beritahu beliau.

Suee Lim turut memberitahu pada peringkat awal siasatan, pihak polis ada memanggil beberapa orang yang terlibat dalam kejadian tersebut tetapi tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

“Tak lama lepas kejadian, pihak polis ada panggil beberapa orang yang terlibat untuk kawad cam, tetapi tak ada yang datang.

“Ini menggambarkan mereka ini memang tak hormati undang-undang dan berani engkar arahan pihak berkuasa.

“Sepatutnya pihak polis boleh dapatkan waren atau sebagainya mengikut saluran undang-undang untuk memanggil mereka datang ke balai untuk kawad cam.

“Tetapi ini tidak berlaku seolah-olah polis pun takut nak bertindak terhadap samseng-samseng Noh Omar ini.

“Saya harap polis dapat jalankan tugas mereka dengan lebih profesional tanpa memilih bulu atau tunduk kepada tekanan politik,” katanya lagi.

Suee Lim turut menafikan dakwaan Noh Omar bahawa kedatangan beliau ke Kampung Sawah Sempadan pada 4 November 2010 bertujuan untuk membuat demontrasi di kampung itu.

Sebaliknya menurut beliau kedatangan beliau ke kawasan terbabit atas undangan beberapa penduduk untuk minum pagi sambil berbincang tentang harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi yang dihadapi oleh pesawah di kawasan terbabit.

“Tak masuk akal saya datang cuma tiga, empat orang termasuk pemandu nak buat demontrasi, itu cuma alasan dia sahaja nak letakkan kepada kesalahan orang lain.

“Sebenarnya penduduk yang pelawa saya bersarapan di sana sambil berbual tentang masalah harga padi rendah dan potongan basah terlalu tinggi yang dihadapi pesawah di kampung itu,” kata beliau lagi.

Dalam kejadian terbabit Suee Lim telah dipukul dan ditendang oleh sekumpulan kira-kira 30 hingga 50 lelaki di bahagian perut, kepala dan tangan berhampiran kunci air di Kampung Sawah Sempadan.

Selain itu, dua pembantunya turut mengalami kecederaan ringan dan kereta milik pengiringnya juga kemik di bahagian pintu belakang.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/samseng-umnolebih-berkuasa-dari-polis.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular