Monday, March 19, 2012

Oiii Pencacai!!! Ni Pengakuan terbaru Menteri berkaitan hubungan Kerajaan UMNO / BN dgn ZIONIS kah kah kah


Akhirnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN akui bahawa Malaysia punya hubungan dagang dengan Israel... tapi masih mahu memutarbelit kenyataan.. 

Kata Mustapa Mohamed “Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.


Tak iktiraf.. tapi boleh pula berdagang malah dibenarkan pula Syarikat dari Israel (ZIM Industries Sdn. Bhd.) bertapak di Malaysia..

Laporan ini juga menyatakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.

Perlu kita faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan Yahudi itu bukanlah puak-puak Zionis yang menguasai dan menubuhkan negara haram Israel itu.. ASD

Kerajaan akui hubungan dagang dengan Israel

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.

Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional.

“Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat,” katanya.
 

Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis

Ditulis oleh NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN - Sinar Harian
Isnin, 19 Mac 2012 09:18
SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini. Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram." - Dari Blog Presiden PAS

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/oiii-pencacai-ni-pengakuan-terbaru.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular