WikiLeaks Cabar Najib Altantuya dan Raja Petra Debat Dengan Anwar Ibrahim!
Pertubuhan antarabangsa yang banyak mendedahkan skandal pemimpin dunia, WikiLeaks, telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Twitter mencabar Perdana Menteri Najib Altantuya dan blogger Umno-APCO dalam buangan di London, Raja Petra Kameruddin supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan dipengerusikan sendiri oleh pengasasnya, Julia Assange.

Kenyataan media WikiLeaks itu dikeluarkan berikutan pertikaian mengenai kununnya Anwar Ibrahim enggan berdebat dengan Raja Petra hingga menarik perhatian Najib Altantuya yang membidas Anwar kununnya takut berdebat dengan Raja Petra.
Setelah kenyataan rasmi Najib Altantuya yang menempelak Anwar yang kunun takut berdebat, WikiLeaks bersedia menjadi tuan rumah perdebatan antara mereka berdua, dengan Raja Petra, atau secara berasingan.
Sekiranya Najib Altantuya menerima cabaran debat ini, WikiLeaks mengumumkan bahawa lebih 600 juta orang dijangka akan mengikuti debat yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia menerusi internet, berkemungkinan melalui Skype.
Pihaknya kini sedang menunggu jawapan balas Najib Altantuya, dengan menjangkakan Anwar dan Raja Petra tidak mengahadapi masalah untuk berdebat berkenaan topik yang akan ditentukan kemudian.
Dan sekiranya Najib Altantuya tidak berani menjawab cabaran debat ini, sahlah Najib Altantuya akan dilabel sebagai Perdana Menteri Paling Pengecut Dalam Sejarah Malaysia!
JALAN PULANG
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/terkini-wikileaks-sebagai-tuan-rumah.html
No comments:
Post a Comment