Wednesday, March 21, 2012

Fatwa Harussani ni patut ditujukan pada UMNO hehehee

SEBARANG bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagian mereka tidak berfahaman Zionis.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hakikat itu jelas jika dikaitkan dengan kekejaman kaum Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.
 
"Kedudukan orang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu berbeza kerana mereka dikategorikan sebagai kafir zimmi yang bersetuju untuk berlindung di bawah naungan kerajaan Islam.

"Namun, Yahudi di Israel dewasa ini adalah kafir harbi yang wajib diperangi kerana golongan tersebut memusuhi umat Islam dan menjajah sebuah negara IsIam," katanya kepada Utusan Malaysia.
 
 
 
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pendirian parti berkenaan menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan hubungan dan kerjasama dengan kelompok Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

Boleh berurusan dengan Yahudi, tidak bagi Zionis – Abdul Hadi
 
WarkahDaily -- Ketika isu berkaitan Yahudi hangat diperkatakan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba merungkai kekusutan dan kefahaman masyarakat berkaitan dengan isu yang cuba dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik jahil mereka.

Abdul Hadi secara jelas mengtakrifkan ‘Yahudi’ dan mengaitkannya dengan peristiwa yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW.

Yahudi lain Zionis lain

Bagi Presiden PAS itu, Yahudi merupakan bangsa, amat berbeza dengan Zionis yang dikaitkan dengan fahaman.

“Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman,” jelas Abdul Hadi.

Berkaitan itu, bukan menjadi kesalahan untuk berurus niaga dengan bangsa Yahudi yang bukan berfahaman Zionis.

Dipetik dari Harakahdaily, Abdul Hadi berkata ia dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah, namun ia hanya terhad kepada kepada kaum Yahudi sahaja dan bukannya dengan mereka yang berfahaman Zionis.

Namun, tegas Abdul Hadi lagi, kita tidak dibenarkan untuk berurusan dengan golongan berfahaman Zionis yang bermusuhan secara terang-terangan dengan Islam tanpa perikemanusiaan.

“Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi PAS tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis,” kata beliau ketika berucap dalam majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat di Shah Alam Covention Centre, Shah Alam pada Jumaat lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul AM, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu.

Abdul Hadi berkata sedemikian sebagai menjawab soalan yang diajukan kepada beliau berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS atau Pakatan Rakyat untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

PAS sepakat tolak pengiktirafan terhadap Israel

Sebelum itu, berkaitan konflik Israel-Palestin, Abdul Hadi bersama-sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu telah sebulat suara menolak formula penyelesaian dua negara dan sebarang pengiktirafan kepada Israel, yang mendapat tanahnya secara kejam dan pembunuhan dan mengusir rakyat Palestin keluar dari negara mereka.
 
“Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersama harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu,” tegas Abdul Hadi.

Bagi penulis WarkahDaily (WD), kenyataan Presiden PAS itu tepat pada masanya ketika masyarakat negara ini bergelut tentang kefahaman berkaitan hubungan dan perngiktirafan terhadap negara haram Israel.

Kita perlu jelas, berurus niaga dengan Yahudi biasa adalah berbeza dengan Yahudi dari negara haram Israel seperti yang dilakukan kerajaan Umno-BN [baca sini], [sini] dan [pengakuan Umno], kerana rakyat negara tersebut berfahaman Zionis.

Oleh yang demikian, segala bentuk hubungan dan pengiktirafan terhadap negara haram Israel turut memberi maksud mengiktiraf Yahudi berfahaman Zionis dan sekaligus bersubahat untuk penghapusan rakyat Palestin di bumi sendiri.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/fatwa-harussani-ni-patut-ditujukan-pada.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular