Wednesday, March 21, 2012

Tu dia .. Bukan Pencarum pun boleh keluar wang simpanan KWSP


RM11,257.41 WANG KWSP LESAP?
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu seorang wanita di Miri memulangkan wang berjumlah RM11,257.41 yang telah salah dimasukkan ke dalam akaunnya pada 13 Julai 2010.

Pengurus Besar (Perhubungan Awam) KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan bertulisnya semalam berkata, berdasarkan siasatan terperinci pihaknya mendapati wanita berkenaan bukan pencarum KWSP.

Wanita berkenaan tambahnya, juga tidak mempunyai sebarang rekod menunjukkannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP.

“KWSP merujuk kepada laporan dikeluarkan akhbar tempatan berbahasa Cina bertarikh 19 Mac 2012 berhubung seorang wanita yang mendakwa KWSP meminta beliau memulangkan wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun banknya berjumlah RM11, 257.41.

“Berdasarkan siasatan terperinci pihaknya mendapati wanita berkenaan bukan pencarum KWSP. Beliau juga tidak mempunyai sebarang rekod menunjukkannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP,” jelasnya.

Menurut Nik Affendi, wanita berkenaan dengan sengaja memperdayakan KWSP agar mempercayai yang beliau adalah pemilik sebenar akaun KWSP tersebut.

“Kami telah membuat pindaan kepada butiran akaun tetapi menyedari beliau telah memberi maklumat palsu apabila pemilik sebenar akaun (KWSP) datang untuk mengeluarkan simpanannya setahun kemudian,” jelasnya.

Beliau menambah, pemegang sebenar akaun KWSP itu adalah pencarum yang telah mendaftar sejak 1982 yang dipercayai turut mempunyai butiran nombor pengenalan diri yang sama dengan wanita terbabit.

Selepas menyedari pembayaran dibuat ke atas akaun yang salah, KWSP mengeluarkan surat kepada wanita berkenaan meminta beliau memulangkan wang berkenaan yang bukan miliknya.

“KWSP di sini mahu menekankan bahawa tiada alasan untuknya mengatakan dirinya tidak bersalah dalam situasi ini kerana mengetahui yang wang itu bukan miliknya malah tidak pernah mencarum dengan KWSP,” ujarnya.

Akhbar tempatan berbahasa Cina itu juga melaporkan wanita berkenaan telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan KWSP yang hanya memintanya memulangkan wang itu setahun kemudian.

Menurutnya beliau hanya mendapat surat daripada KWSP meminta memulangkan wang itu pada 8 Disember tahun lalu dan di dalam surat itu KWSP memintanya berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya.

Bagaimanapun menurutnya wang tersebut telah habis dibelanjakan. (theborneopost)

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/rm1125741-wang-kwsp-lesap.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular