Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi,Johor Bahru, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.
Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".
"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.
Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.
"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.

Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri
DYMM Sultan Johor murka dengan tahap kebersihan negeri Johor semasa bertitah di program Kembara Mahkota Johor 2011 baru-baru ini. Baginda menegur PBT yang dilihat amat perlahan dan tidak sensitif terhadap aspek kebersihan di bandar-bandar utama sekitar Negeri Johor.
Atas kesedaran bahawa menjaga kebersihan bandar-bandar terutamanya Bandaraya Johor Bahru sebagai pintu masuk pelancong dari Singapura sebagai tanggungjawab bersama, maka mungkin Pemuda DAP Negeri Johor dan Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa melancarkan kempen "Negara Bersih, Rakyat Sihat". Namun, kempen yang dirasmikan hari ini di Medan Selera, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru pagi tadi telah dicemari dengan provokasi pihak berkuasa sehingga menyaksikan Ahli Parlimen Bakri dan 5 aktivis DAPSY Johor ditahan. Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa telah menegaskan bahawa kempen gotong-royong ini tidak bersangkut paut dengan perhimpunan BERSIH 2.0. Namun, penjelasan beliau tidak diterima oleh pihak Polis.
Sangat keliru dan dikesali kerana kelihatan ketika ini Pemerintah dan pihak berkuasa seolah-olah takut kepada bayang-bayang sendiri dan fobia terhadap warna kuning. Warna kuning sinonim dengan aspek kedaulatan Raja-Raja Melayu atau warna Di Raja. Perkataan Bersih pula adalah membawa maksud tidak kotor. Malah, perkataan Bersih ini sememangnya wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengapakah pihak Berkuasa menjadi sangat fobia dengan perkara ini?
Sudah terang lagi bersuluh, malah jika ditanya kepada anak kecil sekali pun, mereka pasti akan mengatakan bahawa kempen "Negara Bersih, Rakyat Sihat" ini merupakan kempen kemasyarakatan yang mengajak rakyat untuk menjaga kebersihan dan menghargai kebersihan agar akhirnya rakyat menerima laba ekoran dari kesihatan yang baik. Jadi, kenapa harus fobia?
SAMM JOHOR ingin bertanya kepada Ketua Polis Negeri Johor dan Menteri Besar Johor, adakah pihak berkuasa dan kerajaan Negeri Johor ingkar dengan titah DYMM Sultan Johor yang menggesa agar seluruh rakyat Negeri ini untuk mengutamakan aspek kebersihan dengan menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong ke arah Negeri Johor yang lebih bersih?
No comments:
Post a Comment