Friday, July 8, 2011

Perkasa batal himpunan esok


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membatalkan rancangannya untuk berhimpun dengan memberi alasan kononnya gagal mendapat permit polis, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

MalaysiAkini melaporkan, ia ekoran kegagalan Pertubuhan itu untuk mendapatkan kebenaran dari beberapa pihak pengurusan stadium yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan.


Berikutan itu, Ibrahim berkata ahli-ahli Perkasa yang telah mendaftar untuk berhimpun esok, diminta “bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Taman Tasik Titiwangsa.


“Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis,” katanya.


Pagi tadi, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata permohonan Perkasa untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak.


Katanya, penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka. KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular