Thursday, July 7, 2011

Kenyataan "LIDAH BERCABANG !!!"

BERSIH 2.0: DEMONSTRASI DALAM STADIUM


‘Demo dalam stadium? Apabarang” kata anak muda yang berselisih dengan saya semalam.

Pelbagai respon yang diberikan oleh rakyat kebanyakan berkenaan isudi atas. Ada yang bersetuju, ada yang membangkang , adajuga  yang buat protes dalam diam (silent protest),ada yang tersenyum lebar, perang psikologi akhirnya berjaya dan ada yangsedang merancang menabur racun seterusnya.

NAJIB DAN BERSIH
Laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2011 menyebutkankenyataan Najib seperti berikut[1]:

Kerajaan boleh menyediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kumpulan itu engganmematuhinya dan memilih untuk melakukan demonstrasi jalanan walaupun menyedariia bakal mengundang risiko amat bahaya kepada negara.

''Kalau mereka hendak kemukakan memorandum, cakap baik-baikdengan pihak berkuasa,KITA SANGGUP SEDIAKAN TEMPAT UNTUK MEREKABERKUMPUL tetapi kenapa pilih demonstrasi jalanan, mesti ada nawaitu yanglain.

''Kalau kata nak berkumpul dari pagi sampai malam di stadium,kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan, bertempiklah sampai tak larat tapijangan buat demonstrasi jalanan,"


''Melalui demonstrasi jalanan ramai orang akan tumpangsemangkuk, langsung tiada jaminan ia akan berlangsung secara aman. Kalau ada(perhimpunan), orang yang suka pada rusuhan dan yang suka buat kekacauan akantumpang sekaki dan berlakulah keadaan yang kita sukar hendak elakkan.


''Kita mesti beringat sebelum terlambat, janganlah kita buatsesuatu dalam keadaan emosi kerana sebenarnya ada cara dan pendekatan yanglain,"
Ini pula kenyataan menteri-menteri beliau setelah BERSIHsetuju untuk buat di stadium[2].

Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek[3]
Tidak akan membenarkan perhimpunan haram 9 Julai diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jikapenganjurnya meminta berbuat demikian.

Wakil Perbadanan StadiumMerdeka[4]
Mana-mana pihak yang menggunakanstadium kelolaan Perbadanan Stadium Malaysia untuk sebarang acara perlumengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu, demikiandinyatakan di sini hari ini.
Mereka juga perlu membayar gantirugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium,kata wakil perbadanan itu yang dihubungi Bernama. 

Ketika diminta mengulas mengenaihasrat satu kumpulan untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka padaSabtu ini, wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi samaada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
"Kami juga sedangmenunggu keputusan kabinet (mengenai perkara itu),” katanya. 

Wakil itu berkata, bahawa secaraperibadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lainkerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Dr. Rais Yatim[5]
Kabinet tidak akan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau StadiumNasional Bukit Jalil kerana ia bukan pertubuhan yang sah di sisi undang-undang,selain atas faktor ketenteraman awam.
"Kabinet berpandanganbahawa Bersih bukan pertubuhan sah dan perkara itu turut diperakukan olehPejabat Peguam Negara.
"Kami mengambil kirakeselesaan dan ketenteraman awam kerana Bersih bukan pertubuhan sah dari segiundang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein[6]
Bersih mesti memohon permitpolis sekiranya mahu mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.


Selain itu, katanya, mereka juga tidakharus meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan.


“Keputusan untuk pergi ke stadiummerupakan suatu pilihan yang rasional tetapi janganlah pula letak syarat-syaratlain seperti tak mahu memohon permit, hendak pilih stadium dan sebagainya.


“Kita tidak boleh pertimbangkan(syarat-syarat ini) sekarang kerana ia mesti bergantung kepada permohonanmereka, lagi cepat mereka memohon lagi cepat polis boleh memproses,” katanya.


Hishammuddin bagaimanapunberkata, perhimpunan akan dibenarkan di stadium sekiranya pihak penganjurmemenuhi semua kriteria permohonan.
“Jika permohonan diluluskan makamereka boleh berhimpun dan menjalankan aktiviti selagi (ketenteraman) orangramai tidak terjejas,
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk SeriKhalid Abu Bakar[7]
Pihak polis mahu GabunganPilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagiperhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itutidak layak berbuat demikian.
Apabila wartawan mengingatkanKhalid bahawa BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haramoleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak mungkin layak mendapatkan permit,Khalid hanya mengangguk.

Pembaca nampak sekarang apa motif sebenarnya UMNO buatperang psikologi supaya tidak berdemonstrasi di jalanan? Lalu merekamencadangkan agar dibuat di stadium. Sewaktu mencadangkan untuk diubah tempatdemonsrtasi ke stadium, mereka katakan akan menyediakan tempat untuk BERSIHmeluahkan perasaan mereka, sekarang mereka mengatakan sebaliknya.


Akhirnya, tiada BERSIH.


Itu tujuan sebenarnya. Bagi orang yang tidakmemahami bahasa politik, penulis ingin memaklumkan itulah tujuan merekasebenarnya.  

Dahulu mereka membenarkan buat demonstrasi tetapibiarlah di stadium, apabila BERSIH menolak, mereka katakan BERSIH ada niat yanglain, nak menyusahkan rakyat dan membantutkan ekonomi. Maka, rakyat pun akanberfikir sama lalu akan menyalahkan BERSIH.

“Apa masalahnya? Kerajaan pun dah setuju dan nak bantulagi buat di stadium, terima je la”
Sekarang, apabila kita bersetuju buat di stadium,dengarlah kata-kata orang yang bertanggungjawab di atas. Lalu, apa pula kata orangawam
“Ala, biasa la…kena la buat ikut prosedur”

Orang stadium kata kena dapatkan keizinan cabinet.Kabinet tidak akan benarkan walaupun ada permohonan. Menteri Dalam Negeri lebihlembut kenyataannya, kena dapatkan permit polis terlebih dahulu, kata TimbalanPolis Negara, tidak akan berikan permit pada BERSIH.


Ini semua perangai kartun. BERSIH telah ditendangbagai bola sekarang.
Pembaca nampak  sekarang ilmu seni politik yang sedangdigunakan oleh BN sekarang?

INSIDE OUT
Cuba pembaca amati hadis Nabi SAW di bawah, iaberbentuk inside out, bukan inside in. (pembaca boleh dapati matandan syarah hadis ini dalam artikel sebelum ini di sini[8])
 Abu Hurairah meriwayatkan adaseorang lelaki mengadu kepada rasulullah tentang jirannya (yang menyakitinya),lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2ataupun 3 kali lalu setelah kata Baginda SAW“Pulanglah dan buang barangmu diatas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yangdisarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakansituasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelakitersebut. Tidak dalam selepas itu, jirannya itu datang dan berkata “Marilahpulang, aku tidak akan menyakitimu lagi”
 Sahabat NabiSAW ini tidak berpuas hati dengan jirannya (inside) lalu Nabi SAWmenasihatinya supaya bersabar sebanyak tiga kali (inside in). Namun,oleh kerana jirannya itu masih tidak berubah, rasulullah mencadangkan agarmenggunakan kaedah yang baharu inside out iaitu keluar berdemonstrasi dijalanan. Biar semua orang tahu sikap sebenar jirannya itu.

Penulis tidak pasti apakah tindakan inside in (buatdemonstrasi di dalam stadium) akan lebih berkesan berbanding insideout (demonstrasi di jalan raya). Namun, kami akan tetap mendengararahan pimpinan kami.

ALTERNATIF
Pastikan konsep inside out tetap akanberlaku walaupun dilakukan di dalam stadium.


Semua ahli di semua peringkat, rakamkan semuaperistiwa yang berlaku dan muatnaik di laman youtube, picasa atau mana-manalaman sesawang yang punyai ramai pengikut agar semua rakyat tahu apa yangberlaku.
Jangan yang itupun kerajaan sekat sudah la.

Mohamad Ridhauddin



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
[2] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
[3] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_42.htm
[4] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
[5]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm,http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rais-kabinet-tak-benar-bersih-2.0-guna-stadium-merdeka/
[6]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
[7] http://malaysiakini.com/news/169143
[8] http://ulamakselangor.blogspot.com/2011/07/bersih-20-berdemonstrasi-adalah-bidah.html#more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular