Pesanan Akhir Untuk Peserta BERSIH 2.0 - Perutusan Dari Dewan Ulamak PAS
Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok.
"Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.
"Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad’u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan.
Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali.
"Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir.
Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS.
Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita.
Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu.
"Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya.
Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti. -HD
Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0
1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan
2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari
4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa
5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’
7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan
9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?
o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai
Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat
Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :
1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9
Arkib Berita
-
▼
2011
(3873)
-
▼
07/03 - 07/10
(196)
- [Video] Sambutan BERSIH 2.0 Di Australia & New Zea...
- Presiden PAS dan Pengerusi BERSIH dibebaskan
- Kronologi Saya Di Himpunan Bersih - MSO
- Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis
- “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih
- Polis FRU Sasarkan Tembakan Kearah Anwar, Kata Sai...
- Perhimpunan BERSIH 2.0, Seorang meninggal dunia
- KEJAYAAN GEMILANG BERSIH - TERBUKTI TIADA SENJATA ...
- Bersih 2:O : Yg Tidak di TAYANGKAN dalam BERITA me...
- Mangsa Kezaliman POLIS - Video
- [Bergambar] A Samad Said Ketua Delegasi BERSIH Ke ...
- Gambar2 BERSIH 2.0
- YOUTUBE VIDEO PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 SABTU
- Perarakan diteruskan sedang melepasi Menara Sunway...
- Bersih : Polis Gagal Padamkan Semangat Rakyat
- [Bergambdar & Video] FRU Semakin Mengganas, Pemimp...
- Peserta himpunan kembali berhimpun
- Anwar dan Bodyguard dipukul
- Hadi arrested, Ambiga and Maria Chin also detained
- Major standoff at Puduraya, protesters assaulted
- Musuh Najib bukannya Bersih - Musuhnya ada di keli...
- Dua naib presiden PAS, Nurul Izzah antara ditahan
- NGOs in Asia and Europe condemn Najib
- KL 'dikunci', polis kawal lokasi penting
- Kronologi Detik Cemas Chegubard Selamat Dari Takti...
- 21 ditangkap, ribuan kini di Masjid Negara
- Bersih 2.0: Pemimpin PAS ‘rahsiakan’ lokasi mereka...
- BERSIH "LIVE UPDATE"
- Suasana KL Macam Negara Di Ambang Perang
- BBC News - Malaysia rally: Kuala Lumpur 'to be loc...
- BERSIH 2.0: Sembilan ditangkap di Masjid Kg Baru
- Kerajaan Bn tidak hormati Suhakam,bubarkan sahaja
- Anwar akan hadir ke Stadium Merdeka hari ini!!
- Bumper To Bumper : Makin Disekat, Makin Ramai Yang...
- Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis makin me...
- A TRUE STORY OF LHDN????
- SPR YG DERHAKA KEPADA AGONG, BUKAN BERSIH!
- ADAKAH PINTU STADIUM DIBUKA?
- Ini memang dah GILA!!! Polis buat "SPOTCHECKS" kat...
- Selepas Bersih, Baju kuning... kini Aku pulak Haram??
- Pesanan Akhir Untuk Peserta BERSIH 2.0 - Perutusan...
- Bersih 2.0 dan fakta-fakta yang tak mungkin dibata...
- Datuk Shahrir Samad Tak Cerdik Rupanya...
- Jangan pakai baju BERSIH terlebih dahulu
- Umno biadap??
- Pemimpin PAS Dan Pakatan Tetap Hadir Esok Walaupun...
- Awas!!!! peserta BERSIH terdiri penyamar atau peng...
- MB mohon Agong titah adakan referendum bebas
- 46 peguam PAS mula bertugas malam ini DAN Panduan ...
- ‘Ingat tarikh 9 Julai, rakyat bangkit’
- Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul da...
- Ooooo HARAM di KL, Luar KL "HALAL" ... ni lah FATW...
- BERSIH mahu berhimpun di luar Stadium Merdeka
- Polis cari Azmin di rumah
- PDRM sudah jadi PRDM
- Muktamad : Tiada permit polis untuk demo esok!!
- Sultan S’gor: Tindakan tegas terhadap ‘batu api’ p...
- Jalan sekitar KL ditutup mulai tengah malam ini
- Polis semarakkan ketegangan di ibu negara - Pemuda...
- Lagi khutbah Jumaat anti-BERSIH
- Patriot Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka esok
- Khalid, Chegu Bard tetap sertai Bersih esok
- Terkini : Bersih dapat permit polis himpun di Stad...
- SEBARAN UMUM KEPADA PESERTA BERSIH 2.0
- Perkasa batal himpunan esok
- BERSIH 2.0 : Penutupan jalan sekitar KL pada 9/7
- Panas !!! Blogger UMNO turut dedahkan Skandal "Wan...
- UMNO KATA SPR DAH CUKUP BERSIH
- Berapakah jumlah wang yang dibelanjakan setiap Per...
- Polis Sebotaj Jatuhkan Najib?
- Panas dr Blogger UMNO!!! : Buka mulut luas-luas - ...
- Panduan aliran trafik di Kuala Lumpur hari Sabtu, ...
- Sejauh manakah kebijaksanaan Perdana Menteri?
- Silapkah Agong terima wakil 62 NGO mengadap?
- Bicara Buat Pengusaha Urusan Haji Dan Umrah
- PM Flip Flop?!
- Ibrahim Ali, KJ dan Ambiga antara 91 nama yg di SE...
- Permit sementara Bas di BEKU : Elak kesesakan atau...
- Gempag!!! : Persatuan Pembuat Molotov Cocktail Sed...
- Kenyataan "LIDAH BERCABANG !!!"
- BERSIH 2.0 : Tindakan Kerajaan Malaysia "DIPUJI" o...
- BERSIH - BERUNDING DENGAN `YAHUDI' ATAU MULUT `PAN...
- TERKINI - BERSIH TETAP PILIH STADIUM MERDEKA, NAJI...
- Laman facebook Anwar digodam
- Bongkar!!! : Wanita kaki maksiat bakal terajui Ta...
- BERSIH hadapi halangan terbaru...
- Stadium Merdeka bukan milik Umno
- Kerajaan "Kufur Nikmat", pembohong dan tidak menge...
- Demonstrasi tentera untuk takutkan rakyat- N Suren...
- Pak Pandir, Pak Kaduk dan ‘molotov cocktail’
- Berita menggembirakan PATRIOT
- Hishamuddin masih mengekalkan FATWA lamanya, walau...
- Pulak Dah : Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium M...
- Kenapa UMNO Tolak BERSIH
- ‘Bom petrol’ dalam botol plastik?? : lawak gila br...
- Ibrahim Ali tidak dibenarkan mengadap Agong
- BERSIH DI STADIUM MERDEKA - KEPADA PATRIOT DAN PER...
- TANYA SAMA MUFTI !!!
- Nik Nazmi: Wardina ditohmah blogger murahan
- Hambatan ke atas BERSIH 2.0 berterusan
- Polis sebabkan kesesakan teruk
- Malaysia punyai penduduk Paling Tua di Dunia.. apa...
- Himpunan Bersih 2.0 Di Stadium,Ulasan Tok Guru Nik...
- Setuju Benar dengan pendapat ini...Anda??
- Portal Pro UMNO iktiraf kemenangan BERSIH, Terbukt...
- Tips : Lajukan Pc/Laptop Anda
- Goreng tangan sendiri
- Bersih : Polis kepung dewan, engkar titah Agong
- Pemandu Teksi SAHKAN Najib PEMBOHONG!!!
- Woi BN, ni bukan tahun 60an hangpa nak tipu orang ...
- Hero hindustan yang lembab
- Ibrahim Ali Melalak lagi!!!!
- Bongkar: "Pengundi Klon" Trend Baru Dalam Daftar P...
- Provokasi baru untuk memberikan imej buruk kepada ...
- Ahli UMNO, Ibrahim Ali ortodoks??? - Blogger UMNO
- BERSIH: Setelah mengharungi Pelbagai Perang Saraf
- Bersih 2.0 : Kerajaan akur dgn nasihat Yang di-Per...
- tu dia 10, 000 pengundi hantu di Selangor
- Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin
- Buat Himpunan BERSIH 2.0 di Semua Stadium di Selur...
- Satu TAMPARAN buat NAJIB : AGONG SETUJU BERSIH 2.0...
- BERSIH Di Stadium. Polis Perlu Pulangkan Semua Baj...
- Apa kata ahli UMNO?
- PEMUDA UMNO sedia kerjasama NGO BERSIH
- Haram Wanita Memakai Loceng Kaki
- Perkara kecil?
- Skandal mata wang: Media dakwa firma Australia sog...
- MB benar guna stadium S Alam tetapi bersyarat
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment