Saturday, July 9, 2011

Bersih : Polis Gagal Padamkan Semangat Rakyat

imsav.jpg

Kerahan beribu-ribu anggota polis, ramai yang dibawa masuk dari luar Kuala Lumpur dan Selangor tidak dapat mengekang kebangkitan rakyat untuk berjalan secara aman bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

 Kerakusan pemerintah akhirnya  menyaksikan satu lagi pusingan di mana ratusan tangkapan rawak dibuat manakala orang ramai ditembak dengan gas pemedih mata bercampur kimia sebelum diheret ke penjara.

Ratusan sekatan jalanraya dikenakan, khidmat monorel di tutup, begitu juga dengan Masjid Negara dan  Masjid  Jamek dan Dataran Merdeka.
l8qyd.jpg
Ramai akan menghabiskan hari ini dalam lokap  sebelum dituduh di mahkamah kerana menyertai apa yang kerajaan sifatkan sebagai perhimpunan haram.

Namun perhimpunan Bersih 2.0 berjaya menghantar mesej jelas bahawa suara rakyat tidak boleh dihalang dengan belantan dan meriam pancutan air polis.

Tuntutan untuk pilihanraya yang adil dan telus  tidak boleh ditenggelamkan oleh pemerintahan zalim yang memperalatkan polis sekali lagi untuk menutup suara rakyat.

Semasa berita ini ditulis, ribuan orang awam dari pelbagai kaum dan umur sedang berjalan ke Stadium Merdeka.

Ramai antara mereka telah atau akan  menjadi mangsa belantan dan kekerasan lain polis, namun semangat mereka tidak luntur untuk berjalan secara aman menuju ke Stadium Merdeka.

Tindakan zalim polis yang bergerak atas arahan Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan pemerintahan kuku besi  Umno-Barisan Nasional diatas nama “menjaga keamanan.”

Pakar Undang-Undang Profesor Aziz Bari  berkata kehadiran ribuan orang menongkah arus kezaliman polis menunjukkan obor  demokrasi masih membara di jiwa rakyat.

“Masa depan itu cerah bagi rakyat Malaysia yang cintakan pilihan raya bersih sebab isunya sekarang ialah mereka mahukan pilihan raya yang bersih. Jadi soal keganasan dan sebagainya yang ditonjolkan pihak polis.. , ini semua sudah taktik lama," kata beliau.

Profesor Aziz mengecam provokasi polis terhadap rakyat yang berkumpul secara aman.

"Jadi kekecohan atau kononnya huru hara itu diprovokasi  oleh polis sendiri.  Tindak tanduk dan telatah mereka itu jelas menunjukkan bahawa mereka hendak ke situ (keganasan di  Mesir  dan dunia Arab yang lain)."     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular