Tuesday, July 5, 2011

Ahli UMNO, Ibrahim Ali ortodoks??? - Blogger UMNO

Bersih berhimpun di Stadium, siapa menang?


Kenyataan Ambiga yang dipetik dari www.malaysiakini.com memaklumkan bahawa demonstrasi BERSIH 2.0 akan dilakukan di Stadium dan bukan di jalan raya seperti yang dirancang sebelum ini.

BERSIH bersetuju dengan saranan Perdana Menteri Malaysia dan syarat yang diletakkan adalah perlu hadir dengan baik – berhimpun dan balik dengan baik.  

Ramai yang mengatakan Pakatan Rakyat – dalam senario ini telah memperoleh apa yang mereka hajatiSungguhpun begitu dengan penerimaan BERSIH untuk berhimpun ke stadium atau tidak berhimpun sekali pun – loncatan politik sudah milik mereka. 

Membicarakan mengenai langkah penangkapan yang dilakukan – mungkin Menteri Dalam Negeri perlu melihat semula – sama ada tindakan polis itu sesuai atau tidak – dari sudut dan kaca mata polis. 

Polis akan bertindak mengikut arahan namun langkah polis bagi www.umno-reform2.com sebenarnya tidak menguntungkan kerajaan malah dalam senario ini memberi keuntungan kepada pembangkang. Anjuran demonstrasi jalanan kini di padamkan dengan perhimpunan ke Stadium. 

Adakah keputusan ini menunjukkan PERKASA berjaya – Pemuda UMNO berjaya menghalang demonstrasi? Bagi www.umno-reform2.com apa yang berlaku dalam beberapa minggu ini hanya memberi publisiti percuma kepada BERSIH. 

Pemikiran ortodoks kepimpinan seperti Ibrahim Ali hanya melihat keuntungan politik diri sendiri ( itu pun kalau ada) dari melihat senario yang lebih besar. www.umno-reform2.com hairan kenapa ada lagi Pemuda UMNO dan Puteri UMNO selain dari ahli UMNO yang menyertai PERKASA di bawah Ibrahim Ali.
UMNO juga kalau dilihat seolah-olah menerima apa sahaja yang dibuat oleh Ibrahim Ali – mungkin benar dakwaan sesetengah pihak PERKASA awal-awal lagi ditaja oleh kepimpinan UMNO. UMNO dengan Ibrahim Ali sebenarnya hanya merugikan – sampai bila UMNO mahu sedar keburukan yang akan melanda UMNO sekiranya PERKASA masih dibawa Ibrahim Ali yang hanya melihat politik untuk kepentingan diri sendiri sahaja. - umno-reform2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular