Wednesday, April 6, 2011

MAKAN KARI KAKI MANUSIA


Dua lelaki Pakistan telah ditangkap dan didakwa kerana menggali mayat seorang wanita berusia 24 tahun dan memakan dagingnya yang dimasak kari.

Guardian melaporkan, adik beradik Muhammad Arif 40 tahun dan Farman Ali 37 tahun, dikatakan telah memotong peha dan kaki dari tubuh Saira Parveen, mayat seorang pesakit kanser, dan memasak dagingnya di dalam sebuah periuk. Beberapa daging itu telah pun dimakan ketika polis menggeledah rumah mereka di kawasan terpencil di wilayah Punjab.

Anggota keluarga si mati datang ke kubur Parveen pada hari Ahad, sehari setelah majlis pengkebumiannya di Darya Khan, untuk mencari mayatnya yang hilang.

Daging manusia yang sudah dimasak kari ketika ditemui

Pegawai Polis Abdul Rehman Malik berkata adik-beradik itu telah mengamalkan memakan mayat sejak setahun lalu, walaupun ada laporan lain mengatakan mereka telah mula memakan daging manusia selama satu dekad. Mereka juga dilaporkan sering memakan anjing, mereka mengamalkan kanibalisme sebagai tindakan "balas dendam" setelah ibu mereka meninggal dan isteri mereka meninggalkan mereka.


"Kedua-dua lelaki adik-beradik itu mengaku kepada polis bahawa mereka telah mengali mayat sejak tahun lalu," menurut Rehman seperti dikutip oleh AFP. "Kami juga menjumpai mayat gadis itu dengan keadaan kaki yang hilang, di mana kemudiannya diakui oleh adik-beradik itu telah memakannya."

Laporan lain menyebut ibu saudara kepada adik-beradik ini turut ditahan.

Mayat gadis yang ditemui tanpa kaki
Antara alatan yang digunakan

kredit: pulakdah.blogspot

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular